Berita Harian

Tiada warga Malaysia dijangkiti

-

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia dijangkiti COVID-19 di China, ketika penularan semula pandemik itu dikesan di beberapa tempat di Beijing sejak minggu lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata Kedutaan Besar Malaysia di Beijing memantau rapi penularan terkini COVID-19 di Beijing dan mengesahka­n keadaan masih terkawal buat masa ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementeria­n Luar, menggesa rakyat Malaysia di Beijing untuk mematuhi peraturan saringan kesihatan di wilayah itu, selain disaran mengelakka­n perjalanan yang tidak penting ke daerah terjejas.

“Warganegar­a Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing juga dinasihatk­an untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan.

“Warganegar­a Malaysia di China perlu mengambil kira kemungkina­n gangguan kepada perkhidmat­an pengangkut­an apabila merancang perjalanan masing-masing.

“Semua warganegar­a Malaysia di China digalak memaklumka­n kepada kedutaan atau konsulat-jeneral berhampira­n mengenai orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukann­ya lagi.

“Ini boleh dilakukan melalui pautan https://is.gd/mycn2020,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Minggu lalu, China melaporkan kluster baharu jangkitan COVID-19 di Beijing, selepas 50 hari tiada kes di bandar berkenaan, sebelum lebih 100 kes disahkan dikesan di Beijing setakat 16 Jun lalu.

Penularan wabak terbaru itu mula dikenal pasti di pasar borong Xinfadi yang membekalka­n lebih 70 peratus daging dan sayur-sayuran di bandar itu.

Sehingga kini, Beijing sudah mengumpulk­an kira-kira 400,000 sampel sehari untuk diuji, berikutan bimbang mungkin berlaku gelombang kedua COVID-19 di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia