Berita Harian

Kluster Lanjut jangkiti 5 sekeluarga

Kes disyaki berkaitan aktiviti ziarah

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan mengesan kluster baharu COVID-19 di Labu Lanjut, Sepang yang sudah menjangkit­i lima individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penularan penyakit itu bagi kluster yang dikenali sebagai Kluster Lanjut itu, disyaki berkaitan dengan aktiviti ziarah.

Katanya, kes indeks bagi kluster berkenaan ialah seorang pesakit jangkitan pernafasan akut yang dirawat di Hospital Serdang, sebelum disahkan positif virus berkenaan pada 5 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati empat ahli keluarga beliau, iaitu dua anak dan dua cucunya turut dijangkiti COVID-19.

“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan kes indeks, manakala seorang lagi menetap di kediaman lain.

“Siasatan dan saringan kontak rapat sudah dijalankan, iaitu sehingga kini 29 individu sudah dikenal pasti dan disaring.

“Seramai 25 individu yang disaring mendapat keputusan negatif.

“Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan. Namun, penularan COVID-19 bagi kluster terbabit disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumka­n sehingga kini terdapat 13 kluster yang masih aktif di negara ini, tetapi hanya ada dua kluster mempunyai pertambaha­n kes baharu, iaitu masing-masing satu kes bagi Kluster Lanjut dan Kluster Warga Emas di Kuala Selangor.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 kini hanya tinggal 289 kes, selepas 76 kes dilaporkan pulih semalam.

Katanya, pertambaha­n jumlah kes pulih itu menjadikan jumlah terkumpul 8,146 kes atau 95.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes baharu dilaporkan hingga jam 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini 8,556 kes.

“Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitka­n masing-masing seorang warganegar­a Malaysia dan pemastauti­n tetap.

“Bagi 19 kes dalam negara pula, tujuh bukan dalam kalangan warganegar­a dan 12 kes lagi warganegar­a Malaysia.

“Bagi kes bukan warganegar­a itu, mereka ialah kontak rapat, iaitu rakan serumah kepada kes ke 8,498 dan kes ke 8,523,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata bagi 12 kes dalam kalangan rakyat Malaysia pula, 10 jangkitan dikesan di Selangor, iaitu tujuh kes dikesan ketika saringan beberapa pusat tahfiz dan madrasah.

“Tiga lagi kes, iaitu masing-masing satu kes dikesan di Kluster Lanjut, Kluster Warga Emas Kuala Selangor dan satu kes pula membabitka­n petugas barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbira­n Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama.

“Dua lagi kes, masing-masing satu kes dikesan di Negeri Sembilan,

Siasatan dan saringan kontak rapat sudah dijalankan, iaitu sehingga kini 29 individu sudah dikenal pasti dan disaring.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

iaitu ketika saringan orang kena tahan (OKT) di Seremban, sebelum dipindahka­n ke penjara.

“Satu lagi kes di Sabah, iaitu kes saringan dalam komuniti oleh pejabat kesihatan kawasan. Kes di Sabah, beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, tiga kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada individu yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumka­n tiada pertambaha­n kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia