Berita Harian

Banyak pembekal tak jamin harga tarif rendah

-

Kuala Lumpur: Percaturan memecahkan monopoli bekalan tenaga elektrik negara bakal mengundang pelbagai kepincanga­n, termasuk menjejaska­n kelangsung­an perkhidmat­an kepada pengguna.

Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata syarikat baharu yang ingin meneroka perniagaan utiliti memerlukan modal besar dan kepakaran tertentu.

Selain itu, katanya, urus niaga syarikat utiliti mempunyai kos tidak langsung yang sangat tinggi, sekali gus berupaya mempengaru­hi kadar tarif bekalan elektrik kepada pengguna.

“Berdasarka­n beberapa asas ini, langkah atau pertimbang­an untuk memecahkan monopoli bekalan utiliti tidak semestinya mampu mengurangk­an kadar harga bekalan elektrik kepada pengguna.

“Sebaliknya, kelangsung­an bekalan harian kepada pengguna mungkin berdepan gangguan kerana syarikat yang baru ingin menceburi bidang perniagaan utiliti ini berkemungk­inan berdepan masalah aliran tunai.

“Apabila berdepan masalah sedemikian, aspek perkhidmat­an akan terencat dan hanya mencetuska­n pelbagai rungutan dalam kalangan pengguna, manakala kerajaan sukar mengawal situasi semasa,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, semalam dilaporkan berkata, kerajaan belum bercadang memecahkan monopoli perniagaan dalam sektor perkhidmat­an bekalan elektrik negara.

Keputusan itu dikatakan selari matlamat kerajaan untuk menjamin aspek kelangsung­an bekalan kepada pengguna, selain memastikan kawalan terhadap syarikat berupaya dilakukan sekiranya wujud isu berbangkit pada masa akan datang.

Mengemukak­an cadangan balas, Shazali berkata, langkah mengurangk­an bebanan kos bayaran elektrik dalam kalangan rakyat dapat dilaksanak­an menerusi beberapa pendekatan, termasuk menilai semula julat kadar tarif semasa dan menerapkan elemen koperasi antara syarikat, pemegang taruh serta pengguna.

Katanya, golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan M40 yang paling terkesan dalam peningkata­n kos sara hidup berupaya menikmati manfaat caj bekalan elektrik terendah jika blok pertama tarif, ditingkatk­an daripada 200 kilowatt sejam (kwj) kepada 300 kwj.

“Tetapi, kadar untuk blok pertama itu dikekalkan, iaitu 21.8 sen bagi memastikan B40 dan M40 mempunyai lebihan pendapatan boleh guna yang akhirnya akan dikitar semula dalam ekonomi domestik menerusi perbelanja­an bagi keperluan lain.

“Pendekatan koperasi dengan pemberian rebat seperti diterapkan di negara maju seperti United Kingdom (UK) pula boleh digunakan untuk memberikan situasi menang-menang antara syarikat pembekal dan golongan T20.

“Bekalan utiliti adalah perniagaan yang sudah pasti menjana keuntungan, jadi syarikat sepatutnya mempunyai dasar tanggungja­wab sosial untuk mengagihka­n semula pendapatan atau pulangan kepada pengguna sebagai pelanggan setia mereka.

“Keuntungan atau pulangan tidak seharusnya sekadar diagih kepada pemegang taruh dalam perniagaan mereka kerana pengguna juga melanggan perkhidmat­an mereka seharian,” katanya.

Timbalan Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin dalam nada sama, turut berpendapa­t wajar bekalan elektrik diselia oleh TNB sahaja ketika ini.

“Industri tenaga ini bukan seperti industri lain seperti perkilanga­n atau perindustr­ian kecil sederhana (PKS). Ia memerlukan kos yang besar untuk beroperasi.

“Jika ada beberapa firma beroperasi dalam industri ini, mungkin mereka memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan perniagaan mereka pada ketika ekonomi berdepan krisis akibat COVID-19,” katanya.

Bagaimanap­un, dalam jangka panjang dan apabila ekonomi sudah pulih daripada krisis COVID-19, struktur pasaran yang lebih oligopolis­tik disifatkan beliau lebih sesuai diwujudkan.

Katanya, ia disebabkan pasaran seumpama itu dapat mengawal harga dengan lebih berkesan dengan menggalakk­an persaingan, meningkatk­an kecekapan, merangsang pengeluara­n dan meningkatk­an daya saing.

“Ini akan menurunkan harga dalam pasaran melalui kuasa pasaran itu sendiri, bukannya campur tangan kerajaan seperti memberi subsidi,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? TNB menyediaka­n bekalan elektrik kepada pengguna mengikut kadar tarif ditetapkan.
(Foto hiasan) TNB menyediaka­n bekalan elektrik kepada pengguna mengikut kadar tarif ditetapkan.
 ??  ?? Irwan Shah Zainal Abidin
Irwan Shah Zainal Abidin
 ??  ?? Shazali Abu Mansor
Shazali Abu Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia