Berita Harian

Ilmuwan mesti bersuara

-

Tanpa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonia­n sosial tidak mungkin tercapai, sekali gus perlu dipelihara. Soalnya, adakah hanya ahli politik yang bertanggun­gjawab terhadap kestabilan politik?

Jawapannya sudah tentu tidak. Semua lapisan dan kelompok bertanggun­gjawab berasaskan tahap kedudukan masing-masing. Dalam hal membina kestabilan politik, tiada yang terkecuali. termasuk cendekiawa­n dan ahli akademik.

Kumpulan profesor dan pensyarah universiti perlu memainkan peranan dengan mengaplika­si ilmu mereka untuk diadun dan digunakan sesuai dengan apa berlaku dalam negara. Dalam keadaan pergolakan politik negara tidak berkesudah­an, golongan ini tidak boleh berdiam diri. Mereka bukan hanya berhadapan mahasiswa dan kuliah di universiti, sebaliknya perlu memberi pandangan kepada politik dan perkembang­an semasa negara.

Ini juga sebahagian tugas dan tanggungja­wab mereka. Justeru, apa dilakukan sekumpulan 115 profesor dan pensyarah kanan universiti sangat wajar. Mereka tidak harus memejam mata dan memekakkan telinga dengan apa yang sedang berlaku.

Memang wajar seruan 115 profesor dan pensyarah kanan universiti ini agar memberikan penghormat­an dan sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengemudi negara sehingga mandat dikembalik­an pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengikut peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Pelantikan Muhyiddin sah mengikut peruntukan ditetapkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Persoalan kerajaan tebuk atap, pintu belakang dan sebagainya tidak sepatutnya timbul jika seseorang memahami prinsip teras Perlembaga­an Persekutua­n.

Kedudukan dan peranan Yang di-pertuan Agong perlu difahami dalam hal pelantikan Muhyiddin. Malaysia mengamalka­n demokrasi beraja. Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mempunyai peranan dan kuasa tertentu. Peruntukan dalam perkara 40 (2)(a), 43 (1) dan 43 (2)(a) serta (b) khususnya perlu dirujuk serta difahami dengan mendalam berkaitan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Pemimpin utama parti politik sama ada pembangkan­g mahupun parti pemerintah perlu memahami hal ini dengan mendalam, sekali gus menjelaska­n kepada rakyat umum yang tidak memahami selok-belok perundanga­n dengan mendalam.

Kepentinga­n diri perlu dijauhkan sama sekali dalam hal ini. Kepentinga­n negara dan maslahah umum perlu diutamakan. Berasaskan kefahaman inilah, kumpulan 115 profesor dan pensyarah menasihatk­an supaya semua pihak akur akan sistem politik Malaysia berteraska­n kedaulatan Raja-raja, keluhuran Perlembaga­an serta sistem demokrasi berparlime­n.

Sebarang propaganda yang boleh menggugat kestabilan politik dan kesejahter­aan negara perlu dihentikan.

Nilai kemanusiaa­n dan keagamaan berteraska­n prinsip kontrak sosial yang dipersetuj­ui sejak menjelang kemerdekaa­n negara pada 1957 dan termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n perlu diangkat serta dipertahan­kan.

Identiti nasional yang berteraska­n Melayu-islam mesti diamalkan dan dilindungi. Semua pihak perlu faham kedudukan peruntukan berkaitan kontrak sosial ini. Ia bukan hanya fakta sejarah, sebaliknya peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n yang perlu diterima semua warganegar­a.

Falsafah asas Perlembaga­an Persekutua­n yang secara tidak langsung berasas dan menuju kepada matlamat pembentuka­n one state, one nation perlu dihayati semua. Perjuangan parti politik dan amalan sepatutnya tidak menyimpang daripada prinsip ini.

Oleh itu, peruntukan Perlembaga­an seperti dalam Perkara 152 (mengenai bahasa Kebangsaan); Perkara 153 (kedudukan istimewa orang Melayu) dan Perkara 160 (2) (definisi Melayu) perlu benar-benar difahami dan dijadikan asas penting.

Apa disarankan 115 profesor dan pensyarah kanan universiti itu adalah mengenai asas yang akan membina dan mengukuhka­n negara dalam jangka panjang. Jangan sekali-kali mementingk­an matlamat jangka pendek sehingga merosakkan kepentinga­n jangka panjang negara. Kepentinga­n dan keharmonia­n kehidupan anak cucu kita perlu difikirkan dari sekarang.

Gabungan ilmuwan itu turut menyaranka­n parti yang membentuk kerajaan sekarang bergabung secara rasmi dalam wadah Perikatan Nasional. Parti politik yang membentuk barisan pembangkan­g juga wajar bergabung secara rasmi dalam wadah Pakatan Harapan dan membentuk kabinet bayangan.

Ini proses ke arah pembentuka­n sistem dua parti yang baik. Kenapa ini penting? Kedua-dua pihak sama ada pembangkan­g dan kerajaan mempunyai peranan serta kepentinga­n tertentu dalam pembanguna­n dan kestabilan negara.

Pembangkan­g perlu berfungsi sebagai pihak semak dan imbang. Kerajaan pada hari ini tidak semestinya terus berkuasa sampai bila-bila. Pembangkan­g pada hari ini, suatu hari akan berpeluang menjadi kerajaan. Apa yang penting dan mesti menjadi asas utama adalah mana-mana kerajaan mesti berasaskan Perlembaga­an Persekutua­n.

Sebagai golongan yang mempunyai asas pengetahua­n dalam pelbagai bidang, amat wajar kumpulan profesor dan pensyarah itu memberi pandangan kepada negara bagi membina keadaan lebih stabil.

Kumpulan ini tidak harus membiarkan keadaan berlaku tanpa memberikan apa-apa pandangan. Pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin juga harus menerima pandangan ini dengan terbuka dan jika ada ruang beri peluang bagi perbincang­an terbuka lebih luas bagi kumpulan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia