Berita Harian

‘Laksana harga siling jika ayam terus mahal’

Teruskan skim musim perayaan demi kepentinga­n pengguna

-

Butterwort­h: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanak­an skim harga maksimum bagi ayam standard sekiranya masih berlaku kenaikan harga secara mendadak.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya akan menetapkan harga siling bagi ayam standard sama seperti yang dilaksanak­an ketika musim perayaan jika ada keperluan.

“Pagi tadi (semalam) saya melawat pasar berdekatan dan sempat berbual dengan peniaga ayam. Memang diakui ada kenaikan harga ayam hampir 40 peratus dan pihak kami juga ada menerima aduan daripada pengguna.

“Jadi, di pihak kementeria­n, khususnya anggota penguat kuasa akan membuat pemantauan dengan peringkat awal, kita beri amaran dulu dan beritahu jangan jual pada harga yang begitu tinggi.

“Mereka (peniaga ayam) tidak ada ruang untuk mendapat keuntungan pun kerana harga yang dibekalkan kepada mereka tinggi,” katanya kementeria­n itu turut mendapat maklumat mungkin pihak pemborong dan penternak menaikkan harga ayam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke MSM Malaysia Holding Berhad, di sini, semalam.

Difahamkan, ada peniaga yang menjual ayam antara RM10 dan RM11 sekilogram (kg), berbanding Rm7.50kg ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa, baru-baru ini.

Nanta berkata, buat masa ini pihaknya tidak meletakkan harga siling bagi ayam standard memandangk­an musim perayaan sudah pun berakhir, namun memaklumka­n perkara itu akan disiasat.

Sementara itu, Nanta turut menasihatk­an

Anggota penguat kuasa akan membuat pemantauan dengan peringkat awal, kita beri amaran dulu.

Alexander Nanta Linggi, , Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

penternak supaya menjual ayam secara terus kepada peniaga bagi mengelak kenaikan harga haiwan ternakan itu secara mendadak.

“Kita dapati penternak menjual ayam kepada anak syarikat mereka atau pemborong dan dari sini mereka menaikkan harga.

“Penternak boleh jual secara terus kepada peniaga kecil untuk bantu mereka, jangan semua dijual kepada pemborong,” katanya.

 ??  ?? Nanta (tengah) ketika melakukan lawatan ke MSM Malaysia Holdings Berhad, di Butterwort­h, semalam.
Nanta (tengah) ketika melakukan lawatan ke MSM Malaysia Holdings Berhad, di Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia