Berita Harian

48 individu ditahan ingkar arahan PKPP

-

Kuala Lumpur: Seramai 48 individu ditahan atas kesalahan ing kar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 40 individu direman dan lapan lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan individu ingkar arahan PKPP, termasuk aktiviti refleksolo­gi atau urut membabitka­n 10 individu dan 38 lagi membabitka­n aktiviti yang menyukarka­n penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan petugas khas operasi pematuhan yang diketuai polis membuat 67,004 pemeriksaa­n bagi memantau dan menguatkua­sa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Katanya, sebanyak 3,744 pasukan membuat pemantauan membabitka­n 16,675 anggota.

Sementara itu, beliau berkata, 10 warga asing ditahan dalam sekatan jalan raya melalui Ops Benteng kerana kesalahan imigresen, semalam.

“Polis membuat 69 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus,” katanya.

Bagi pemeriksaa­n di tapak binaan pula, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memeriksa 73 tapak binaan membabitka­n 138 anggota penguat kuasa, semalam. Daripada jumlah itu, katanya, pemeriksaa­n CIDB mendapati 56 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan, dua tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran, manakala 15 lagi tidak beroperasi.

“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP hingga semalam adalah 2,173 dan 419 yang tidak patuh SOP diberi amaran.

“Penguat kuasa CIDB turut mengarahka­n 19 tapak binaan untuk ditutup kerana tidak mematuhi SOP,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia