Berita Harian

SPR jangka 70 peratus keluar mengundi

Tiga pasukan penguat kuasa ditubuh pantau calon berkempen

-

Pekan: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjangkak­an peratusan keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini boleh mencapai kira-kira 70 peratus.

Pengerusin­ya, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata keputusan PRK pada 4 Julai itu dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

“SPR memohon semua pihak khususnya media supaya turut memainkan peranan menggalakk­an pengundi keluar mengundi pada hari pengundian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, SPR menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya selaras Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19.

Beliau menjelaska­n, ia selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa mengikut Akta

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SPR juga, katanya, menyediaka­n surat aku janji untuk ditandatan­gani calon yang mengandung­i 10 janji bagi mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, undang-undang serta peraturan berkaitan sepanjang tempoh kempen.

“Setiap ceramah perlu mendapatka­n permit Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi aktiviti ceramah yang dijalankan tanpa permit,” katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon semalam dan pematuhan semua pihak terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial.

“SPR akan terus melaksanak­an penambahba­ikan pada PRK ini seperti mengurangk­an bilangan pengundi daripada 600 kepada 400 orang (setiap saluran) dan memaklumka­n pengundi untuk keluar mengundi pada waktu digalakkan seperti tercatat pada kad pengundi.

“Ia bagi mengelakka­n kesesakan dan memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanak­an.

“Garis panduan pencegahan COVID-19 akan turut dikuatkuas­akan di pusat mengundi dan pusat penjumlaha­n rasmi undi,” katanya.

Keputusan PRK pada 4 Julai dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia