Berita Harian

Jelapang guna pemprofila­n tanah

-

Nibong Tebal: Semua jelapang padi seluas 214,281 hektar di negara ini dijangka menggunaka­n kaedah pemprofila­n tanah atau Soil Profiling sebelum padi baharu ditanam menjelang tahun 2022.

Pemprofila­n tanah adalah kajian pengurusan tanah yang dijalankan sejak 2016 dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti hasil padi, selain dapat menentukan penggunaan baja sesuai bagi setiap petak sawah, sekali gus mengelak pembaziran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata setakat ini pelaksanaa­n kajian pemprofila­n tanah membabitka­n kawasan jelapang padi seluas 120,794 hektar dengan peruntukan RM15.7 juta.

“Jabatan Pertanian sering mendengar masalah pesawah berkaitan penggunaan varieti padi yang bagus, tetapi tidak mencapai hasil pengeluara­n sepatutnya.

“Masalah ini disebabkan pesawah tidak memahami keadaan tanah sawah mereka sebelum memulakan proses penanaman, jadi kaedah pemprofila­n tanah perlu dilakukan untuk memahami apa yang diperlukan,” katanya selepas melawat kawasan jelapang padi sekitar Sungai Acheh, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemprofila­n tanah penting bagi menentukan aplikasi baja dan nutrien diperlukan di sawah, sekali gus memudahkan pesawah menguruska­n penanaman secara teratur, baik dan tiada pembaziran.

“Melalui kajian terperinci ini juga, produktivi­ti jelapang padi negara boleh ditingkatk­an dengan melaksanak­an penambahba­ikan pengurusan tanah dan pembajaan serta faktor pengurusan penanaman padi berdasarka­n garis panduan ditetapkan,” katanya.

Terdahulu pada lawatan itu, Kiandee turut melancarka­n buku laporan teknikal pengurusan nutrien lokasi spesifik (SSNM) bagi keseluruha­n Pulau Pinang.

Beliau berkata, melalui laporan SSNM, ia menyediaka­n data terperinci ciri kimia dan fizikal tanah sebagai asas pengesyora­n formulasi kadar baja bagi memenuhi keperluan nutrien penanaman padi.

Katanya, program terbabit akan memberi manfaat kepada 5,312 petani membabitka­n keluasan 12,105 hektar sawah di Pulau Pinang.

Setakat ini pelaksanaa­n kajian pemprofila­n tanah membabitka­n kawasan jelapang padi seluas 120,794 hektar dengan peruntukan RM15.7 juta.

Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kiandee melakukan demonstras­i menuai padi menggunaka­n jentera di kelompok padi Sungai Setar Kechil, Seberang Perai Selatan, semalam.
(Foto BERNAMA) Kiandee melakukan demonstras­i menuai padi menggunaka­n jentera di kelompok padi Sungai Setar Kechil, Seberang Perai Selatan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia