Berita Harian

Pencapaian bukti pelaburan kerajaan, KPT buahkan hasil

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Malaysia meletakkan lima universiti penyelidik­an berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia, membuktika­n pendidikan tinggi di negara ini kini bertaraf dunia, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata, matlamat itu terkandung dalam pelan strategik pengajian tinggi yang dilancarka­n pada 2013 dengan meletakkan sasaran pada 2015 hingga 2025 dengan kerajaan berharap meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai sebuah negara dengan universiti penyelidik­an terbaik dunia (hab pendidikan tinggi bertaraf dunia).

Laporan itu dikeluarka­n Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2021, pada 10 Jun lalu.

“Kerajaan sudah mengusahak­an perkara ini ketika rangka tindakan dilancarka­n, Menteri Pendidikan atau Menteri Pelajaran ketika itu adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kini).

“Dan kini kita dapat lihat sasaran 2015-2025, Malaysia sudah berada di pertengaha­n jalan dan mendapat pencapaian yang sangat memberangs­angkan,” katanya dalam temu bual khas program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam kelmarin.

Kelima-lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mohamed Mustafa berkata, pencapaian itu bukan hanya terbatas kepada lima pengajian sahaja dan tidak boleh lonjakan semua pengajian dalam satu masa sama kerana setiap pengajian tarafnya adalah berbeza.

“Ranking pada hari ini boleh dikatakan sembilan atau 10 universiti melonjak pencapaian mereka, selain lima universiti penyelidik­an. Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga mempunyai pencapaian baik, ada yang sudah cecah tangga 379 seperti Taylor’s University dan UCSI University,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pencapaian berkenaan adalah menyeluruh dan menunjukka­n pelaburan kerajaan dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) membuahkan hasil.

“Ranking ini bukan sekadar anak tangga meningkat, ia juga adalah satu penunjuk atau benchmark kualiti atau mutu pendidikan tinggi Malaysia,” katanya. BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia