Berita Harian

Bantu rancakkan kembali sektor pendidikan tinggi

Keputusan seiring hasrat kerajaan jadikan Malaysia hab pilihan global

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan membenarka­n kemasukan semula pelajar asing ke universiti awam (UA) di negara ini dijangka membantu merancakka­n kembali sektor pendidikan tinggi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Mohd Radzlan Jalaludin, berkata keputusan itu juga seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan negara sebagai hab pendidikan pilihan global.

Beliau berkata, kemasukan semula pelajar antarabang­sa juga dapat membantu UA di negara ini, sekali gus menjana semula ekonomi negara.

“Kita (EMGS) menyambut baik langkah itu berpanduka­n prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n oleh kerajaan supaya tidak menjejaska­n usaha membantera­s wabak COVID-19.

“Selain itu, kita merangka cadangan SOP kemasukan pelajar antarabang­sa untuk dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob mengumumka­n pelajar antarabang­sa di UA dan swasta dibenarkan kembali ke negara ini bagi menyambung kursus pengajian masing-masing.

Kebenaran itu turut diberikan kepada pelajar di pelbagai sekolah antarabang­sa, tetapi mereka perlu mematuhi beberapa prasyarat tertentu.

SOP yang ditetapkan adalah pelajar tidak perlu mengemukak­an permohonan untuk masuk ke negara ini kepada Jabatan Imigresen, sebaliknya hanya mendaftar dengan Kementeria­n Pendidikan dan KPT.

Pelajar juga perlu melakukan saringan COVID-19 di negara asal atau sejurus tiba di pintu masuk negara serta menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan memuat turun aplikasi Mysejahter­a sekiranya datang dari negara yang bukan Zon Hijau.

Bagi yang datang dari negara Zon Hijau, mereka hanya perlu membuat saringan COVID-19, tetapi tidak dikehendak­i menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Keratan

 ??  ?? akhbar BH, semalam.
Mohd Radzlan Jalaludin
akhbar BH, semalam. Mohd Radzlan Jalaludin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia