Berita Harian

Akta industri seni, kreatif diteliti

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti undang-undang yang berkaitan industri seni dan kreatif, termasuk Akta Hak Cipta 1987 sebagai usaha memastikan karya penggiat seni dapat dipertahan­kan dan hak mereka terbela.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perbincang­an mengenai undang-undang berkaitan industri kreatif antaranya soal royalti, akta hak cipta, cukai hiburan, diadakan minggu lalu dengan pihaknya melihat gambaran keseluruha­nnya.

“Peraturan ini sebenarnya harus ada, tetapi ia (peraturan) tidak perlu menyusahka­n dan ada masanya bukan peraturan dan birokrasi yang menyusahka­n.

“Jadi, kita kena lihat satu persatu dengan teliti dan kita juga sudah mula berbincang,” katanya selepas melawat pelakon veteran, Fauziah Nawi di kediamanny­a di Taman Melati, Setapak, di sini, semalam.

Lawatan itu bersempena program Ziarah Kasih anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Saifuddin selepas itu turut menziarah pelakon dan penyanyi

Saifuddin bersama Pengerusi FINAS,

veteran, Mimi Loma atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 74, di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) pembukaan pawagam akan diumumkan esok oleh Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“FINAS mengorak langkah untuk berbincang dengan dua pihak iaitu stesen televisyen dan pihak pawagam. Perbincang­an bukan sekadar buka pawagam, malah bagaimana kita nak bantu filem boleh ditayangka­n di pawagam dan drama terus dimainkan di televisyen,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya sedang mengkaji kedudukan beberapa badan kebajikan seni dan budaya yang sepatutnya menjalanka­n tugas menjaga kebajikan penggiat seni.

“Saya sedang menunggu laporan dua atau tiga badan kebajikan ini sebab sepatutnya yayasan yang diamanahka­n untuk jaga kebajikan artis ini harus memainkan peranan yang lebih,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto ihsan FINAS) ?? Kuala Lumpur, semalam.
Zakaria Abd Hamid (kiri) melawat Fauziah di Taman Melati, Setapak,
(Foto ihsan FINAS) Kuala Lumpur, semalam. Zakaria Abd Hamid (kiri) melawat Fauziah di Taman Melati, Setapak,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia