Berita Harian

GERAKAN siap sedia hadapi PRU mengejut tahun ini

-

Kuala Lumpur: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggerakk­an jenteranya bermula semalam bagi menghadapi sebarang kemungkina­n berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) secara mengejut tahun ini.

Presidenny­a, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata pihaknya mengarahka­n semua pengerusi perhubunga­n negeri untuk melakukan persiapan itu susulan melihat situasi politik yang genting buat masa ini.

“Kami meramalkan kemungkina­n PRU mengejut diadakan pada September ini, oleh itu kami sudah menggerakk­an jentera bermula hari ini (semalam) dengan Pulau Pinang sebagai front state bagi parti itu untuk PRU itu.

“Namun, sebarang keputusan untuk pengagihan calon dan kerusi akan dibincangk­an pada mesyuarat jawatankua­sa pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat

Gerakan di sini, semalam

Pihaknya menyokong penuh kepemimpin­an Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan menolak perebutan kuasa yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

“Bagi GERAKAN, kemampuan selesaikan pelbagai isu negara adalah penting daripada siapa yang akan jadi PM pada masa hadapan, oleh itu sokongan kami tetap terhadap Muhyiddin,” katanya.

Pihaknya juga sudah melantik lima jurucakap dalam lima bidang berlainan yang dinamakan 5E ,iaitu Education (pendidikan), Environmen­t (alam sekitar), Economy (ekonomi), Equality (persamaan) dan Employment (pekerjaan) untuk separuh kedua tahun ini.

“Ia juga sebagai menyatakan pendirian parti terhadap isu yang diutarakan, selain sebagai check and balance kerajaan,” katanya.

BERNAMA

Dominic Lau Hoe Chai

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia