Berita Harian

Longkang tak mampu tampung aliran air

-

Melaka: Dua kampung, iaitu Kampung Gelam, Tanjung Kling dan Kampung Pulau Kelapa, Peringgit di sini, dinaiki air selepas hujan lebat awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, air mula naik di Kampung Gelam dan melimpah masuk ke dalam kediaman penduduk berikutan hujan lebat sejak jam 5.30 pagi.

Seorang penduduk, Roslan Hassim, 48, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya yang meminta bantuan memindahka­n perabot dan peralatan elektrik ke tempat tinggi pada jam 7.10 pagi.

“Banjir kilat seperti ini sudah biasa berlaku setiap kali hujan lebat kerana longkang di tepi jalan berhampira­n kediaman ibu saya dan dua lagi rumah berhampira­nnya kecil dan tidak mampu menampung aliran air dari kawasan yang lebih tinggi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, aliran air dari

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam yang terletak di kawasan lebih tinggi mengalir ke dalam longkang berkenaan, tetapi tidak mampu mengalir ke parit besar.

Katanya, tahun lalu sahaja keluarga berkenaan mengalami empat kali banjir kilat yang menyebabka­n mereka terpaksa bergelut dengan kerja membasuh rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut.

Beliau bagaimanap­un, bersyukur selepas air mulai surut pada jam 11.30 pagi berikutan hujan semakin reda pada jam 10 pagi.

Sementara itu, penduduk Kampung Pulau Kelapa, Pon Wahab, 67, berkata hujan lebat selepas solat Subuh menyebabka­n rumahnya dimasuki air, terutama di bahagian dapur.

Katanya, air longkang berhampira­n Taman Desa Baru yang melimpah ke kampung berkenaan dikatakan antara punca kejadian banjir kilat.

Banjir kilat

 ?? (Foto Hasan Omar/bh) ?? di Kampung Gelam, Tanjung Kling, kelmarin.
(Foto Hasan Omar/bh) di Kampung Gelam, Tanjung Kling, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia