Berita Harian

100 rumah ditenggela­mi banjir

82 mangsa ditempatka­n di lima pusat pemindahan sementara

- Oleh Nurul Amanina Suhaini dan Essa Abu Yamin bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: “Isteri selamatkan bayi kami, saya selamatkan barang berniaga. Alhamdulil­lah, semuanya selamat, walaupun kelam-kabut,” kata mangsa banjir, Mohamad Hairul Jumat, dari Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, dekat sini.

Mohd Hairul, 30, pada awalnya tidak bimbang dengan hujan le- bat berterusan sejak jam 4 pagi kelmarin kerana menganggap­nya fenomena biasa.

“Saya bangun pagi siapkan sarapan, tetapi tak sedar air sungai di belakang rumah mulai pasang. Saya sangkakan hujan biasa.

“Pada jam 9 pagi, air pasang besar bercampur hujan mulai memasuki belakang rumah sebelum banjir naik mendadak ke paras pinggang.

“Isteri terus mendukung anak dan duduk di tempat lebih tinggi. Apabila lihat mereka selamat, saya bergegas keluar rumah dan melihat kereta serta motosikal sudah ditenggela­mi air, kenderaan jiran pun sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, kira-kira 100 kediaman di kampung itu dilimpahi banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor turut membuat pemantauan banjir di kampung berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Penguasa Bomba Samsul Khomari Bakar, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi, 15 anggota bersama dua jentera, sebuah bot dan kenderaan pacuan empat roda dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan kami membuat pemeriksaa­n rumah ke rumah bagi memastikan tiada mangsa terperangk­ap,” katanya.

Sementara itu, di Muar, lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatka­n 82 mangsa banjir daripada 18 keluarga di Muar, semalam.

Semua mangsa banjir ditempatka­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi , SK Batu 18, SK Orang Kaya Ali dan SK Tanjung Tohor dibuka 12 tengah hari semalam.

Jurucakap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar berkata, penduduk berhampira­n sungai dipindahka­n ke PPS berikutan jangkaan air pasang.

“Sehingga jam 12 tengah hari, tiga jalan yang terputus hubungan sejak pagi semalam sudah boleh dilalui semua kenderaan.

“Paras air di beberapa sungai masih normal, namun pemantauan digiatkan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, beberapa rumah dimasuki air mulai surut, bagaimanap­un beberapa rumah yang kritikal terpaksa dipindahka­n atas sebab cuaca dan persediaan air pasang dijangka berlaku.

Pada jam 9 pagi, air pasang besar bercampur hujan mulai memasuki belakang rumah sebelum banjir naik mendadak ke paras pinggang.

Mohamad Hairul Jumat, Mangsa banjir

 ?? (Foto ihsan Bomba Johor) ?? Anggota bomba memindahka­n penduduk akibat banjir kilat melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor Bahru, awal pagi kelmarin.
(Foto ihsan Bomba Johor) Anggota bomba memindahka­n penduduk akibat banjir kilat melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor Bahru, awal pagi kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia