Berita Harian

UTMSPACE tawar produk baharu

Dua program guna konsep pembelajar­an merentas bidang pertama di Malaysia

-

Sekolah Pendidikan Profesiona­l dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) sebagai perintis pembelajar­an sepanjang hayat di Malaysia, memperluas­kan akses pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia dan komuniti global.

Terkini, UTMSPACE menawarkan dua produk baharu kepada umum, iaitu program Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan, Perniagaan Antarabang­sa (dengan kepujian) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Am di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor.

Setiap program ditawarkan berciri Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan memenuhi keperluan industri semasa.

Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Am, konsep pembelajar­an merentas bidang yang pertama di Malaysia, dengan menggabung­kan beberapa jenis bidang, berdasarka­n kepada minat seseorang pelajar itu.

Ia adalah konsep pembelajar­an merentas yang sudah lama dilaksanak­an di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Singapura.

Kini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pelopor bagi program baharu sebegini di Malaysia.

Program empat tahun bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Am UTM ini seiring trend teknologi semasa, termasuk IR4.0, data raya dan ekonomi digital.

Pelaksanaa­nnya mengambil kira konsep organic curriculum, yang memberi peluang pelajar bebas mengambil kursus bersesuaia­n dengan keperluan kontempora­ri bidang dipilih.

Kursus ini merentasi bidang yang merangkumi pengurusan, sains, pengkomput­eran, teknologi dan kemanusiaa­n bagi memenuhi keperluan kerjaya serta industri.

Ia juga menggarapk­an pengajian teradun yang unik dengan penawaran pelbagai kursus dan menginterp­retasikan bidang teknologi, persekitar­an serta kemanusiaa­n dalam satu pembelajar­an yang mapan dan berbeza dalam kelasnya.

Fluid and organic curriculum adalah elemen yang diterapkan dalam ekosistem Higher Education 4.0 yang menekankan pengetahua­n, industri dan kemanusiaa­n.

Kurikulum ini sejajar saranan pembentuka­n semula pengajian tinggi (redesignin­g higher education) yang mampu menjadikan sistem pendidikan sebagai sesuatu yang kekal relevan dan mampu bersaing pada era IR4.0.

Dengan cara begini, pelajar mampu mendalami pelbagai ilmu dalam bidang yang berbeza dan menggabung­kan bidang berkenaan menjadikan ia lebih berimpak tinggi dan efektif.

Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan, Perniagaan Antarabang­sa (dengan kepujian) pula adalah program baharu yang khusus memfokuska­n bidang perniagaan.

Ia diwujudkan bagi penyaluran ilmu untuk memenuhi kehendak industri yang mempunyai permintaan tinggi khususnya dalam bidang perniagaan antarabang­sa.

Pelajar akan melalui sesi pengajian yang kondusif dengan kurikulum berstruktu­r.

Melalui Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan, Perniagaan Antarabang­sa (dengan kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Am UTM, pelajar akan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di kampus induk UTM di Johor Bahru.

Mod pengajian adalah melalui kerja kursus dengan tempoh pengajian sepenuh masa selama empat tahun.

Yuran bagi setiap semester untuk kedua-dua program ini adalah RM5,642.

Pelajar boleh membuat permohonan pinjaman kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ((PTPTN) dan Pembiayaan Pendidikan-i daripada institusi perbankan Affin Islamic.

UTMSPACE juga ada menawarkan program Universiti Teknologi Malaysia – Internatio­nal Degree Program (UTM-IDP) dan Univeristi Teknologi Malaysia – IDP Japan.

Kini permohonan bagi kemasukan ambilan September 2020 sudah dibuka kepada umum.

Anda boleh memohon secara dalam talian di space.utm.my. Sekiranya ada pertanyaan berkaitan program berkenaan, boleh menghubung­i 07-5318000 atau menghantar mesej ke talian perkhidmat­an Whatsapp UTMSPACE di 019-7776690.

 ??  ?? UTMSPACE memperluas­kan akses pendidikan tinggi dengan memperkena­l program baharu berciri IR4.0.
UTMSPACE memperluas­kan akses pendidikan tinggi dengan memperkena­l program baharu berciri IR4.0.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia