Berita Harian

Hapuskan stigma penyakit epilepsi

Pakar penyelidik Monash tingkat kesedaran, kurangkan diskrimina­si terhadap pesakit

-

Dr Aiedah Khalek

Dr Tan Meng Yoe

Masih ada mentafsirk­an, kekejangan atau epilepsi sebagai gangguan mistik, biarpun kini kita berada pada abad ke-20.

Beberapa institusi penyelidik­an pula menyatakan, epilepsi wujud dalam dua dunia yang selari, iaitu daripada kemajuan saintifik dan dunia tahyul serta prasangka.

Pengarah Pusat Epilepsi UCSF, Dr Danial Lowenstein menyebutny­a sebagai ‘penyakit suci’.

Penyelidik Universiti Monash Malaysia, Dr Mohd Farooq Shaikh, Dr Aiedah Khalek dan Dr Tan Meng Yoe, bersetuju, penyakit ini membawa stigma mendalam pada pesakitnya.

Menyedari hal ini, ketiga-tiga penyelidik ini bekerjasam­a untuk mencari penyelesai­annya dengan membabitka­n institusi agama bagi meningkatk­an kesedaran dan memberi pendidikan supaya diskrimina­si terhadap pesakit dapat dikurangka­n.

Dr Farooq yang juga pakar sains saraf, berkata dalam kes epilepsi, setiap agama memiliki maklumat kurang tepat sehingga timbul diskrimina­si terhadap pesakit.

“Justeru, penggunaan platform agama berupaya membawa pembaharua­n pemikiran ini secara positif. Faktor keagamaan dekat dalam budaya kehidupan kebanyakan rakyat kita kerana itu sebarang maklumat disebarkan oleh pemimpin agama dan institusi, cenderung diterima tanpa disoal.

“Sayangnya, ramai tersalah tafsir dan mempunyai stigma terhadap individu yang menderita epilepsi atau HIV. Ini terjadi disebabkan pengaruh daripada sumber tidak tepat yang memalsukan kepercayaa­n mereka sendiri, sehingga menyalahta­fsirkan apa disampaika­n itu,” katanya.

Lebih 50 juta orang di seluruh dunia menghidap epilepsi. Pesakit ini tidak mempunyai kawalan terhadap tubuh mereka, berikutan tidak dapat meramal tingkah laku dan tempoh serangan epilepsi akan berlaku.

Kecederaan pada otak ketika lahir, kelainan genetik tertentu, trauma daripada pukulan ke kepala atau kerosakan berpanjang­an akibat strok atau jangkitan boleh menyebabka­n beberapa kes epilepsi. Namun, sehingga kini penyebab penyakit ini masih tidak diketahui.

Lebih menyedihka­n, penghidap epilepsi bukan saja berasa malu dan didiskrimi­nasi kerana gagal mengawal epilepsi, malah menganggap orang buangan sosial.

Stigma pada pesakit epilepsi meletakkan mereka pada risiko kemurungan lebih tinggi, pengasinga­n sosial, kegelisaha­n, kualiti hidup rendah dan penyakit lain yang berkaitan dengan harga diri rendah. Malah, ramai tidak dapat mencari pekerjaan sesuai atau berkahwin.

Sementara itu, pakar dalam kajian agama Islam dan masyarakat, Dr Aiedah, berkata ini adalah masalah masyarakat sebenar yang mesti ditangani.

Katanya, epilepsi atau dikenali sawan babi dalam kalangan masyarakat juga mengaitkan ia dengan konotasi dan pelabelan negatif yang menjadi sebahagian daripada stigma.

Malah, ada menyifatka­n epilepsi sebagai kerasukan syaitan dan yakin ia hanya dapat dirawat menggunaka­n pendekatan agama hingga menghalang pesakit mendapatka­n rawatan perubatan.

“Berdasarka­n kajian dan pengamatan, kami secara hipotetis percaya masyarakat secara umum memiliki tahap kepercayaa­n yang signifikan terhadap institusi keagamaan mereka.

“Jadi saya berasakan institusi keagamaan dapat bekerjasam­a dengan pakar kesihatan untuk menjelaska­n masalah ini. Ia dapat membantu mendidik lebih terbuka kepada masyarakat mengenai banyak isu, termasuk kesihatan,” katanya.

Dr Aiedah yakin, pasukan penyelidik mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang disiplin seperti agama, sains perubatan dan komunikasi, akan dapat mencari jalan merapatkan jurang dan menangani penolakan secara mesra.

Bagi Dr Meng Yoe, pakar dalam komunikasi dan agama dalam talian, menyatakan antara persamaan yang dikongsi ketiga-tiga penyelidik adalah pemimpin kerohanian sangat berpengaru­h.

“Walaupun dalam topik kesihatan dan penyakit, mungkin masyarakat kita mempercaya­i pemimpin keagamaan lebih daripada mereka mempercaya­i pakar perubatan. Ini antara perkara yang kita teliti.

“Kami berharap dapat memberikan informasi tambahan dan tepat kepada institusi, pemimpin dan masyarakat, memperkuat mereka dengan ruang lingkup pemahaman lebih luas mengenai penyakit ini,” katanya. dirinya

 ??  ??
 ??  ?? Dr Mohd Farooq Shaikh
Dr Mohd Farooq Shaikh
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia