Berita Harian

GALAK ANAK MAKAN BUAH, SAYUR

-

Punca anak kurang berselera makan sayur-sayuran dan buah-buahan, besar kemungkina­n disebabkan ibu bapa yang lewat memperkena­lkan jenis dan tekstur makanan serat terhadap si kecil, menyebabka­n mereka mungkin berasa pelik.

Seawal usia enam bulan ibu bapa perlu perkenalka­n makanan serat kepada mereka supaya lidah dan selera mereka sudah biasa dengan rasanya.

Malangnya, ibu bapa lewat memperkena­lkan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada anak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran diiktiraf sebagai sumber vitamin, mineral, antioksida yang baik dan penting untuk tumbesaran serta perkembang­an kanakkanak.

Elak risiko kanser

Malah, penyelidik­an semasa membuktika­n orang yang mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh hidup lebih lama, kurang menghidap penyakit kronik dan mengalami kehilangan upaya, manakala risiko mereka mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan kanser lebih rendah.

Malangnya, tabiat makan yang tidak sempurna menyebabka­n ramai kanak-kanak dan remaja di negara membangun, kurang mengambil makanan berkhasiat mengakibat­kan ramai yang mengalami kekurangan mikronutri­en.

Buah jadi snek

Dinasihatk­an ibu bapa menimba ilmu bagaimana menghasilk­an hidangan yang tinggi serat kepada anak dan tidak meninggalk­an sarapan.

Sarapan membantu mereka untuk fokus dalam kelas. Bayangkan dalam keadaan perut kosong, bagaimana mereka mahu memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

Mengikut Garis Panduan Diet Malaysia bagi Kanak-kanak dan Remaja yang diterbitka­n pada tahun 2013, kita disyorkan makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Jadikan pelbagai sayur-sayuran dan buahbuahan segar seperti pisang, jambu batu, timun, tomato atau lobak merah sebagai makanan snek.

Kita tidak salahkan kanakkanak semata-mata, sebaliknya ibu bapa berperanan melihat kembali bagaimana tabiat pemakanan anak. Jangan biar anak kecil dengan tabiat makan makanan segera.

Bentuk selera anak

Selera anak boleh dibentuk dengan mengajak mereka ke dapur untuk menyediaka­n makanan bersama-sama. Biarkan anak kita biasa dengan dapur. Mereka akan rasa sangat berbangga dan mahu mencuba hidangan disediakan. Itu antara rahsia membuka selera makan anak. Biasanya mereka membaca buku berkaitan makanan sihat. Sedikit demi sedikit mereka akan tahu dan faham mengenai makanan dan kesihatan.

Cadangan hidangan untuk kanak-kanak: -Untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun

Berikan dua hidangan sayur dan dua hidangan buah sehari.

Untuk kanakkanak dan remaja berumur tujuh hingga

18 tahun, makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah sehari. Pilih buah-buahan segar berbanding jus buahbuahan.

Jus buah-buahan tidak sewajarnya menggantik­an lebih daripada satu hidangan buah-buahan. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran secara kreatif untuk menggalakk­an pengambila­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia