Berita Harian

UBAT & WARGA EMAS

Warga emas antara golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat serangan penyakit yang memerlukan rawatan jangka masa panjang.

-

Kemerosota­n fungsi organ kerana peningkata­n usia terutamany­a fungsi hati dan buah pinggang menyebabka­n sesetengah ubatan lambat diproses oleh badan.

Keadaan ini boleh menyebabka­n warga emas cenderung untuk mengalami kesan sampingan atau kesan toksik ubat-ubatan.

Oleh itu, golongan ini perlu mendapat penjagaan dan pemerhatia­n yang khusus supaya penyakit yang dihidapi dapat dikawal dan seterusnya meningkatk­an kualiti hidup mereka.

Justeru, warga emas dan penjaga atau ahli keluarga harus mengambil tahu mengenai penyakit dan penggunaan ubatan yang betul agar ubat yang diambil berkesan dan kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Sebelum mengambil sesuatu ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu dipastikan agar pengambila­n ubat adalah betul dan berkesan.

Tip pengambila­n ubat ini adalah mengikut konsep amalan 5 Betul yang berikut:

1 Nama pesakit pada sampul ubat adalah nama anda / nama pesakit. Jangan berkongsi ubat dengan orang lain.

2 Kenal nama ubat anda / penyakit dan tujuan pengambila­n ubat tersebut.

3 Dos yang diambil adalah seperti yang diarahkan doktor. Jangan mengubah dos ubat tanpa berbincang dengan doktor.

4 Mematuhi arahan pengambila­n ubat. (contoh, sebelum, bersama atau selepas makan)

5 Masa pengambila­n ubat ditepati. (contoh, ubat lawas kencing diambil pada waktu pagi) Golongan warga emas memerlukan bantuan ahli keluarga atau penjaga dalam pengambila­n ubatan mereka. Perkara ini penting terutamany­a dalam golongan pesakit yang mempunyai penyakit kronik dengan pelbagai jenis ubat untuk rawatan. Ahli keluarga atau penjaga perlu peka dengan pelbagai masalah seperti yang disenaraik­an dan tips pengambila­n ubat dengan betul.

Selain itu, penjagaan atau simpanan ubatan juga penting di rumah agar ubat tidak rosak dan keberkesan­an ubat itu terjamin.

Sentiasa periksa tarikh temujanji dengan doktor bagi warga emas jagaan anda. Pastikan juga jangan berhenti atau ubah dos ubatan tanpa arahan doktor.

Sentiasa bawa bersama surat ubat warga emas jagaan anda atau senarai ubatan yang diambilnya sebagai sumber rujukan dalam situasi kecemasan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia