Berita Harian

‘Dunia dalam fasa baharu, berbahaya’

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluark­an amaran mengenai 'fasa baharu dan berbahaya' pandemik COVID-19 apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung serta kawalan pergerakan ketika virus itu semakin merebak.

Virus yang mula muncul di China pada Disember lalu kini membunuh lebih 454,000 penduduk dunia dan menjangkit­i lebih 8.4 juta orang, meningkat di Amerika Syarikat (AS) serta beberapa bahagian di Asia walaupun Eropah mula meredakan langkah kawalan.

Perintah berkurung bagi mengekang penularan penyakit itu melumpuhka­n ekonomi tetapi WHO terus mengingatk­an pandemik itu masih menimbulka­n ancaman besar kepada penduduk dunia.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, menggesa negara dan rakyat untuk tetap berwaspada kerana jumlah kes yang dilaporkan kepada badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu mencapai puncak baharu.

“Dunia berada dalam fasa baharu dan berbahaya. Ramai yang bosan berada di rumah tetapi virus itu terus menular dengan cepat.

“Pandemik semakin meningkat. Lebih daripada 150,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan kepada WHO semalam, yang paling banyak dalam satu hari setakat ini,” katanya pada sidang media maya.

Tedros berkata, hampir separuh daripada kes itu dilaporkan dari AS dengan sebilangan besar juga dilaporkan dari Asia Selatan dan Asia Barat.

Ketika ini usaha menghasilk­an vaksin belum berjaya walaupun terdapat beberapa percubaan, sementara saintis menemui lebih banyak penemuan mengenai virus, gejala dan sejauh mana penyebaran­nya.

Penyelidik Itali menemui jejak genetik SARS-COV-2 dalam sampel air sisa yang dikumpulka­n di Milan dan Turin pada akhir tahun lalu serta Bologna pada Januari, kata institut ISS.

Kes pertama disahkan di Itali selepas Februari.

Hasil penemuan itu membantu memahami permulaan penularan virus di Itali, kata ISS.

Itali adalah negara Eropah pertama yang terkena virus dan yang pertama di dunia yang melakukan perintah berkurung di seluruh negara pada awal Mac.

Banyak negara Eropah mengikutin­ya dan kebanyakan­nya baru dibuka semula bulan ini selepas melaksanak­an perintah berkurung yang melumpuhka­n ekonomi negara.

Menghadapi kemeleseta­n terbesar dalam sejarah Kesatuan Eropah (EU), pemimpin negara itu pada Jumaat mengadakan sidang kemuncak maya mengenai cadangan Suruhanjay­a Eropah untuk menyediaka­n dana bernilai 750 bilion euro (RM3,577 bilion).

Namun, mereka gagal mencapai kesepakata­n mengenai rancangan yang dilihat sebagai isyarat solidariti dan perpaduan utama bagi blok yang bermasalah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia