Berita Harian

Kecaman AS jejas sistem PBB

‘Musuhi’ WHO dianggap tindakan negatif bendung COVID-19

-

Geneva: Serangan dan kecaman berterusan Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hanya menyebabka­n kerosakan jangka panjang terhadap usaha sama antarabang­sa ketika dunia berdepan pelbagai ancaman.

Bekas Perdana Menteri Norway, Gro Harlem Brundtland, berkata beliau bukan sahaja bimbang, malah sikap segelintir pemimpin populis di AS itu hanya akan meruntuhka­n sistem pelbagai hala sedia ada.

Beliau yang pernah menjadi Pengarah agensi kesihatan PBB dari 1998 hingga 2003 itu menjelaska­n, keputusan Trump menarik AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) barubaru ini disifatkan sebagai langkah terkebelak­ang ketika dunia berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Anda tidak akan mampu menangani pandemik atau mengelak situasi sedemikian tanpa kerjasama antarabang­sa yang erat.

Saya kesal kerana pentadbira­n AS ketika ini melakukan kerosakan jangka panjang kepada sistem PBB dan prinsip pelbagai hala yang wujud sekian lama.

“Apa yang kita pelajari dalam tempoh beberapa bulan ini adalah kewujudan ancaman seperti pandemik, perubahan iklim dan senjata nuklear hanya boleh diatasi dengan kerjasama secara kolektif dan usaha yang berterusan,” katanya.

Brundtland yang kini anggota The Elders, kumpulan negarawan diasaskan Kofi Annan berhubung isu global, turut mengecam sikap pemusnah segelintir pemimpin yang cuba menjatuhka­n agensi PBB serta institusi antarabang­sa lain.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dengan serangan dan kecaman terhadap sistem yang wujud sekian lama didukung sendiri oleh negara yang terbabit dalam mewujudkan sistem berkenaan selepas 1945.

“Di bawah pentadbira­n Trump, kerajaan AS merendahka­n dan cuba memusnahka­n pencapaian yang diperoleh menerusi sistem pelbagai hala.

“Saya amat kesal kerana pentadbira­n AS ketika ini melakukan kerosakan jangka panjang kepada sistem PBB dan prinsip pelbagai hala yang wujud sekian lama,” katanya.

Trump sebelum ini memutuskan hubungan AS dengan WHO yang didakwanya gagal mengambil tindakan mencukupi dalam memerangi peringkat awal penularan COVID-19.

Malah beliau menggantun­g dana AS kepada WHO dengan menuduh agensi PBB itu melakukan salah urus dalam menangani pandemik global berkenaan.

AFP

Gro Harlem Brundtland, Bekas Perdana Menteri Norway

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia