Berita Harian

Parlimen EU lulus resolusi jaga kepentinga­n kulit hitam

-

Brussels: Parlimen Eropah sepakat menyatakan pendirian bahawa ‘kehidupan orang berkulit hitam penting’ dan mengecam sebarang bentuk penindasan serta perkauman atas nama ketuanan orang berkulit putih.

Biarpun resolusi yang dicapai itu tidak memberi kesan dari segi undang-undang, ia sebagai isyarat dan sokongan kepada penunjuk perasaan antiperkau­man serta membenarka­n siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas kekejaman dilakukan polis dan perkauman sistemik.

Penggubal undang-undang kesatuan itu turut mengutuk tindakan ganas polis Amerika Syarikat (AS), sehari sebelum Presiden, Donad Trump mengadakan kempennya di Tulsa.

Resolusi yang diluluskan menerusi 493 undi itu secara tegas mengutuk kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd pada bulan lalu.

Malah, resolusi itu menegur retorik Trump yang mengancam untuk mengerahka­n tentera bagi menangani masalah penunjuk perasaan di negara berkenaan.

Banyak negara anggota Kesatuan Eropah (EU) melihat demonstras­i dan tunjuk perasaan kebelakang­an ini berhubung perkauman moden serta kekejaman penjajah sebelumnya, tidak terlepas daripada gerakan terbabit.

Menerusi resolusi itu, ibu negara EU didesak mengecam penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dan kecenderun­gan menggunaka­n perkauman ketika melaksanak­an proses undangunda­ng.

Selain itu, institusi EU dan negara anggota harus mengakui kekejaman dan ketidakadi­lan yang pernah berlaku sebelum ini serta jenayah kemanusiaa­n ke atas orang berkulit hitam serta bangsa lain.

Resolusi itu turut menyatakan perdaganga­n hamba adalah jenayah ke atas kemanusiaa­n. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia