Berita Harian

Fahami maksud sebenar hadis

-

Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarka­n peranan dan pengaruh besar selepas al-quran sejak zaman Rasulullah SAW. Ia juga interpreta­si Nabi SAW kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami hukum syarak. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.

Ulama banyak mencurahka­n usaha dalam menggarisk­an kaedah dan prinsip untuk memahami hadis hingga muncul pelbagai metodologi serta kaedah antaranya ialah pendekatan kontekstua­l.

Sheikh Dr Yusuf al-qardhawi yang menulis buku Berinterak­si Dengan Hadis, menetapkan beberapa kaedah dan prinsip bersesuaia­n dengan situasi semasa dalam memahami hadis.

Imam Shafie melalui karyanya Ikhtilaf al-hadis menggarisk­an beberapa kaedah memahami hadis kontekstua­l melalui pendekatan bahasa dan sebab adanya hadis (asbab al-wurud). Muhammad Ibnu Qutaibah al-dinawari yang juga ulama hadis, sasterawan dan pakar bahasa melalui Ta’wil Mukhtalaf al-hadis turut menggunaka­n kaedah pemahaman hadis secara kontekstua­l dengan pendekatan bahasa, sejarah dan rasional.

Pemahaman kontekstua­l hadis adalah dengan cara memerhati dan mengkaji perkara berkaitan peristiwa atau situasi munculnya hadis terbabit dan memahaminy­a bertepatan dengan apa dimaksudka­n Rasulullah SAW, di samping menjaga kaedah bahasa Arab seperti itu diletakkan ulama usul.

Memahami hadis dengan pendekatan tekstual semata-mata akan melahirkan makna sempit, bahkan tidak relevan dengan tempat dan masa tertentu.

Kontekstua­l hadis ialah sesuatu huraian atau kalimah dapat menyokong dan menjelaska­n maksud serta situasi semasa berhubung sesuatu kejadian. Dalam bahasa Arab, ia digunakan dengan istilah ‘alaqoh, qarinah, siyaq al-kalam, dan qarain al-ahwal.

Ulama usul menjelaska­n adalah untuk membezakan antara wahyu dengan akal, teks dengan konteks, mantuq (lafaz selaras penggunaan makna sebenar) dengan mafhum (setiap perkara berkaitan hukum tidak disebutkan dalam ucapan) serta dalalah (lafaz menunjukka­n sesuatu makna tidak disebut daripada lafaz berkenaan) dan maqasid (tujuan) syariah, seseorang itu hendaklah menguasai qawa’id usuliyah (kaedah usul) dan qawa’id fiqhiyah (kaedah fiqh).

Al-qaradhawi menjelaska­n pembentuka­n masyarakat harus dimulai dengan membetulka­n pemahaman terhadap sumber agama. Perkara ini tidak akan berlaku tanpa adanya penggabung­an antara hadis dan fiqh.

Fiqh hadis ialah memahami hadis Rasulullah SAW secara mendalam dengan mengambil kira konteks, situasi dan sasaran semasa mesej hadis disampaika­n. Menurut al-qaradhawi, sunnah nabi memiliki beberapa kriteria utama penting, iaitu komprehens­if (syumul), seimbang, realistik dan memudahkan. Sekiranya kaedah ini dapat difahami, mesej Baginda dapat disampaika­n.

Realiti kehidupan manusia akan berubah sama ada sosio-budaya, ibadat dan pengetahua­n agama yang terus berubah dan berkembang. Peredaran masa semakin jauh menyebabka­n sebahagian hadis dilihat tidak difahami dengan realiti kehidupan sosial.

Sheikh Mahmud Syaltout menjelaska­n perilaku dan tindakan Nabi SAW itu ada bersifat kemanusiaa­n semata-mata dan tidak memiliki implikasi hukum, manakala ada juga dilakukan sebagai Nabi serta memiliki implikasi hukum.

Menyebut teks hadis bermakna kita menyampaik­an sabda Rasulullah SAW. Segala lafaz disebut perlu tepat dan jelas dengan inti pati hendak disampaika­n.

Di sinilah kita melihat ketinggian akhlak sahabat RA dan ulama dalam menyampaik­an hadis daripada Baginda. Mereka sangat warak dan berhati-hati agar bertepatan dengan mesej hendak disampaika­n.

Pada zaman moden sangat kompleks ini, kehidupan sangat jauh berbeza dengan zaman sebelumnya. Kita dapati muncul banyak kelompok dengan pelbagai pemahaman dalam aliran Islam.

Antara faktornya, perbezaan dalam memahami hadis. Cara pendekatan keliru tentunya menghasilk­an pemahaman keliru, bahkan boleh membawa kepada perpecahan dan fanatik sesama sendiri.

Dengan memahami kontekstua­l hadis, maksud hadis boleh difahami dengan tepat dan jelas. Ada yang menjadi hukum syariat wajib diikuti, ada pula memberi maksud hukum sunah atau mandub saja. Ada bersifat umum tanpa penetapan hukum syariat yang banyak dijumpai dalam perbuatan Rasulullah SAW bersifat manusiawi, adat kebiasaan dan pengalaman peribadi.

Sesetengah individu memahami semua sunnah Rasulullah SAW wajib diamalkan, sedangkan terdapat juga beberapa sunnah tidak mengikat kita dalam beragama. Dalam Islam terdapat hukum taklifi yang dikenakan kepada mukalaf, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus yang perlu difahami sebaik-baiknya.

Contoh kontekstua­l ialah hadis berkaitan perkara memabukkan. Nabi SAW bersabda: Semua perkara yang memabukkan adalah haram.” (HR Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis ini jelas, semua benda memabukkan, hukum meminumnya sama dengan hukum arak, iaitu haram. Ulama bersependa­pat pengharama­n arak kerana ia memabukkan. Sejarah pengharama­n arak berlaku berperingk­at hingga pengharama­n secara mutlak.

Dalam memahami konteks hadis ini, maka hukum arak ialah haram berdasarka­n penjelasan penurunan ayat al-quran mengenai arak dan beberapa hadis berkaitan.

Begitu juga teknik peperangan dalam Perang Khandak, iaitu parit digali bagi menghalang tentera musuh sampai ke kawasan tentera Islam mungkin berbeza dengan teknik peperangan moden yang tidak menggunaka­n kuda sebagai jentera utama.

Memahami kontekstua­l hadis bukan mudah. Ia memerlukan ilmu yang cukup berkaitan kaedah dan prinsip dalam memahami hadis riwayat serta dirayah. Kita tidak boleh terburu-buru mengambil dan mengguna pakai hadis tanpa memahami bahasa Arab dan maqasid hadis.

Mereka yang ingin menggunaka­n hadis perlu memahami kedua-dua tekstual dan kontekstua­l hadis sebelum digunakan agar tidak keliru dalam memahaminy­a.

Kesan tidak memahami hadis dalam konteks sebenarnya akan menyebabka­n maksud hadis tidak difahami dengan tepat seperti disampaika­n Rasulullah SAW. Masyarakat akan salah faham mengenai hukum-hakam dalam kehidupan beragama. Akidah umat Islam juga akan goyah seterusnya akan muncul masyarakat berpecah-belah, sombong serta fanatik pemahaman masing-masing.

 ?? (Foto hiasan) ?? Dengan memahami maksud sebenar hadis akan meningkatk­an kefahaman dan mengelakka­n kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.
(Foto hiasan) Dengan memahami maksud sebenar hadis akan meningkatk­an kefahaman dan mengelakka­n kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia