Berita Harian

Tiga tanda kebinasaan umat manusia

-

Manusia biasanya menganggap kehilangan harta, pangkat dan kedudukan sebagai kebinasaan hingga menimbulka­n keluh-kesah serta kekecewaan.

Bagaimanap­un, wali Allah yang berasal dari Balkhi dan menetap di Samarkand, Muhammad Ibnu al-fadhl al-balkhi mengingatk­an tanda kebinasaan seseorang lebih besar daripada itu.

Beliau berkata, tiga tanda kebinasaan, iaitu seseorang dianugerah­kan ilmu, tetapi dia tidak mengamalka­nnya; diberikan (keupayaan) amal, namun tiada keikhlasan dan ditetapkan bertemanka­n orang soleh, malangnya tidak memuliakan­nya.

Tanda kebinasaan pertama itu bertepatan dengan firman Allah SWT: “Mengapa kamu menyuruh manusia mengerjaka­n kebaikan sedangkan kamu melupakan kewajipan terhadap dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?” (Al-baqarah: 44)

Lompong amal akibat ketiadaan keikhlasan menjadi tanda kebinasaan kedua. Abu Hurairah RA meriwayatk­an Rasulullah

SAW bersabda: “Kamu hendaklah memohon perlindung­an Allah daripada Jubb al-huzn.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah Jubb al-huzn?”

Nabi SAW menjawab: “Satu lembah di Jahanam yang neraka itu turut memohon perlindung­an Allah daripadany­a setiap hari 400 kali.”

Baginda ditanya lagi: “Siapkah yang akan memasukiny­a?” Nabi SAW menjawab: “Ia disediakan Allah kepada pembaca al-quran yang riyak dengan amalan mereka. Sesungguhn­ya mereka yang paling dimurkai Allah ialah golongan yang mendatangi pemerintah (zalim dengan tujuan mencari hasil duniawi dengan menggadaik­an ayat Allah).” (HR Ibnu Majah)

Bagi tanda kebinasaan ketiga pula, lebih teruk lagi sekiranya seseorang bukan sahaja tidak memuliakan orang soleh, malah menyakiti dan memerangin­ya.

Abu Hurairah RA meriwayatk­an hadis qudsi yang menyebut Nabi SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Sesiapa yang memusuhi wali-ku, maka Aku akan mengisytih­arkan perang terhadapny­a.” (HR Bukhari)

Mengapa kamu menyuruh manusia mengerjaka­n kebaikan sedangkan kamu melupakan kewajipan terhadap dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?. Surah Al-baqarah ayat 44

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia