Berita Harian

BEBAS CERITA SENSASI

Nama Fieya Julia bersih, tanpa palitan kontrovers­i

-

Kanvas kerjaya seni penyanyi bernama Fieya Julia ini putih bersih tanpa dicemari palitan warna kusam yang dinamakan kontrovers­i.

Sejak diperkenal­kan dalam dunia hiburan dua tahun lalu, nasib cukup menyebelah­i penyanyi remaja ini apabila tiada sebarang cerita panas yang melingkari hidupnya berbanding rakan seangkatan lain.

Mungkin itu juga satu petanda baik buat si empunya diri kerana setakat ini, Fieya masih mampu untuk bertahan tanpa sebarang kisah sensasi yang boleh mencalarka­n reputasi diri.

Namun situasi itu ada juga kontranya apabila hingga saat ini namanya tidak segah rakan seperjuang­an lain.

Akuinya, situasi yang sering berlaku padanya adalah masih tidak ramai yang mengenali dirinya dan lagu yang dinyanyika­n walaupun sering berkumanda­ng di corong radio.

“Ada yang kenal saya, tetapi tak tahu lagu apa yang dinyanyika­n. Apabila ada yang tahu lagu, tapi tak kenal pula siapa penyanyiny­a, malah segelintir­nya menyangka saya adalah selebriti media sosial.

“Berdasarka­n situasi in, saya tahulah berada dalam kedudukan mana dalam industri. Pun begitu ia bukanlah sesuatu yang membimbang­kan. Saya tak kisah pun lambat dilkenali, asalkan orang kenal Fieya Julia berdasarka­n bakat dan bukannya kerana cerita sensasi.

“Seboleh mungkin saya akan cuba mengelak terpalit dengan kontrovers­i. Saya takut dan tak bersedia berdepan kisah yang memalukan,” katanya kepada B*POP.

Walaupun pecutan kerjaya seninya bergerak perlahan, namun bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu, dia lebih selesa bermula dari bawah dan menimba seberapa banyak pengalaman.

“Tiada guna cepat popular, tetapi tak mampu bertahan lama.

“Biarlah saya kekal dengan cara begini dan terus menghasilk­an karya yang boleh memuaskan hati peminat. Saya percaya apabila rezeki tiba, orang akan kenal saya dan lagu nyanyian.

“Buat masa ini, tumpuan saya untuk terus mengukuhka­n nama dalam industri. Selepas ini, saya akan merakamkan single baharu dan kembali ke rentak balada selepas lagu Jangan Gila yang bergenre rancak sebelum ini,” ujar penyanyi berusia 20 tahun ini.

Teruja rakam lagu digemari

Bercerita mengenai lagu terbaharun­ya itu, pemilik nama sebenar, Nur Syafiyah Sejali itu mengaku teruja kembali merakamkan lagu dalam genre yang digemariny­a.

“Jujurnya, lagu berentak balada menjadi kegemaran saya, sejak dulu lagi. Bagi saya, menyanyika­n lagu kisah putus cinta sangat mudah untuk menghayati­nya walaupun saya belum pernah bercinta. Kalau setakat cinta monyet adalah dahulu.

“Entah mengapa, agak sukar untuk saya menjiwai lagu berentak rancak. Tetapi, apabila dapat lagu yang meruntun jiwa, amat mudah saya menyelami emosinya. Tak kisahlah jika ada yang nak gelar saya penyanyi jiwang kerana lagu seperti ini dekat dengan jiwa,” jelas Fieya yang popular dengan lagu Perasaanku dan Seperti Ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an berkuatkua­sa 18 Mac lalu, Fieya nyata bertuah kerana dapat menghabisk­an tempoh berkurung itu bersama keluarga tersayang di Sarawak dan sempat meraikan Aidilfitri bersama mereka.

Selepas tiga bulan di kampung, Fieya kembali ke ibu kota untuk menyambung tugasan yang tertangguh sebelum ini.

Melihat video dimuat naik di akaun Instagram (IG), Fieya kelihatan tidak mampu menahan air mata apabila terpaksa berpisah dengan keluargany­a yang turut menghantar­nya di lapangan terbang.

“Ketika arahan PKP dilaksanak­an, kebetulan saya berada di Sarawak untuk rakaman program travelog. Apabila dapat arahan berkurung di rumah, saya tak ikut kru produksi pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya balik ke kampung. // //

Sepanjang dua tahun dalam dunia seni suara, Fieya sudah menghasilk­an empat single. Namun satu pun tidak dirakamkan kerana belum bersedia untuk menyanyika­n lagu sendiri.

Sempena Syawal tahun ini, dia bersama-asama artis naungan Aries Music yang lain seperti Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Luqman Faiz, Fara Hezel dan Yazid Izham bergabung menyanyika­n lagu raya berjudul Suasana Hari Lebaran ciptaan komposer, S Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa.

∕∕

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia