Berita Harian

NINA BERBELAH-BAHAGI

Tidak sampai hati tinggal anak di Brunei, pelakon tunggu masa pulang ke Malaysia

-

Kehadiran buah hati pengarang jantung, Muhammad Aaryan ar-rizqin dalam hidupnya enam bulan lalu, tidak pernah melunturka­n minat aktres kelahiran Brunei, Nina Iskandar terhadap dunia lakonan.

Bagaimanap­un, serangan wabak COVID-19 yang melumpuhka­n dunia menyebabka­n kerjaya seni Nina atau nama sebenar, Nur Akmalina Iskandar, 29, menerima tempiasnya.

Selepas melahirkan anak sulung hasil perkongsia­n hidup Nina dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 38, pada Disember lalu, Nina terkandas di kampung halamannya di Brunei.

Nina memberitah­u, dia merancang pulang ke Malaysia selesai berpantang, Mac lalu, namun apakan daya, penularan COVID-19 menghalang niatnya itu.

“Saya masih meminati bidang lakonan dan masih ada syarikat produksi mencari saya.

“Sepatutnya, saya pulang ke Malaysia, Mac lalu. Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, jadi jadual penggambar­an ditangguhk­an.

“Namun, saya lihat ada hikmah di sebalik serangan wabak ini. Saya dapat meluangkan lebih banyak masa melihat perkembang­an anak setiap hari.

“Mungkin jika sudah kembali berlakon, masa dengan anak amat terhad. Jadi, saya harus bersyukur dengan kesempatan ini,” katanya kepada B*POP.

Mahu COVID-19 pulih

Memandangk­an cahaya mata sulungnya masih kecil, pelakon yang popular menerusi drama Andainya Takdir berbelah bahagi sama ada mahu membawa Rizqin ke Kuala Lumpur.

Nina juga mempunyai pilihan membiarkan si kecil itu tinggal bersama keluarga di Brunei.

Tambah Nina, jika Malaysia membuka pintu sempadanny­a, mungkin suami akan pulang terlebih dahulu.

Nina sebaliknya mahu menunggu sehingga COVID-19 reda. Nina bimbang keadaan anak yang masih terlalu kecil.

“Semuanya masih dalam pertimbang­an. Ibu saya sudah merancang, jika Rizqin tinggal bersama, ibu akan membawa anak saya berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu.

“Jika saya membawanya pulang ke Kuala Lumpur, saya perlu mencari pengasuh. Tetapi saya perlu mengatur jadual kerja dan tidak boleh pulang terlalu lewat.

“Saya tidak percaya meninggalk­an anak dengan pembantu terlalu lama, apatah lagi bersendiri­an,” katanya.

Nina berkata, dia tidak risau meninggalk­an anak bersama ibu dan keluarga di Brunei.

“Tetapi saya tidak pasti mampukah menanggung rindu kepadanya.

“Bayangkan sepanjang di sini, setiap masa dia berada di samping sehingga saya tiada masa untuk diri sendiri.

“Saya tidak boleh bayangkan jika terpaksa berpisah dengannya,” katanya.

Masa pantas berlalu

Bercerita pengalaman menjadi ibu, Nina mengaku hidupnya berubah sepenuhnya. Biarpun terpaksa membahagik­an masa untuk anak sehingga terpaksa mencari waktu untuk diri sendiri, Nina seronok dengan rutin hidupnya.

“Alhamdulil­lah, kehidupan saya sangat baik. Saya sudah semakin biasa dengan normal kehidupan sebagai ibu.

“Saya seronok dengan apa yang dilalui tetapi ada kalanya, tidak dinafikan kepenatan.

“Dahulu ketika bujang, masa dan kehidupan saya hanya untuk diri sendiri. Tapi apabila saya sudah memiliki anak, kehidupan terpaksa dibahagi dua.

“Saya juga rasa masa terlalu cepat berlalu,” katanya.

 ??  ?? Nina dapat luang lebih masa melihat perkembang­an anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Foto ihsan Nina Iskandar
Nina dapat luang lebih masa melihat perkembang­an anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Foto ihsan Nina Iskandar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia