Berita Harian

AMERUL TAUKE IKANPATIN

Kejayaan rakan sekolah jadi inspirasi terokai bidang penternaka­n

- Zaidim@bh.com.my

Oleh Zaidi Mohamad

Minat dalam bidang penternaka­n dan pertanian antara faktor yang menguatkan keinginan pelakon, Amerul Affendi menceburi perniagaan ikan patin sangkar yang diusahakan di Temerloh, Pahang sejak dua tahun lalu.

Perniagaan itu membolehka­n pemilik nama penuh Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi menambah sumber pendapatan ketika ketiadaan kerja dalam bidang lakonan.

Ketika dunia diuji dengan pandemik COVID-19, aktor yang diangkat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Antarabang­sa ASEAN (AIFFA) 2019 itu mencari alternatif lain meneruskan kelangsung­an hidup.

“Selain minat, saya sudah lama memendam hasrat berniaga ikan patin selama hidup di Temerloh. Ini selepas melihat rakan sekolah boleh jana pendapatan yang lebat, setiap bulan. Bayangkan masa sekolah lagi kawan saya sudah mampu membeli motosikal RXZ dengan perniagaan ikan patin.

Potensi cerah

“Jadi, kenapa tidak saya menceburin­ya? Lagipun keenakan ikan patin Sungai Pahang sudah terbukti lain rasanya dengan tempat lain. Ramai yang memuji keenakan ikan patin ini. Daripada situ, saya melihat perniagaan ini mempunyai potensi cerah,” katanya kepada B*POP.

Pelakon filem Polis EVO itu juga menamakan perniagaan ikan patin sangkarnya dengan nama Patin Peng.

“Peng adalah nama panggilan manjanya di kalangan keluarga. Jadi, saya abadikan nama ini dalam bisnes diceburi.

“Sekali dengar Patin Peng macam sebutan karakter Peter Pen juga,” katanya sambil ketawa.

Amerul berkata, dia juga sedang memikirkan meneroka bidang fertigasi.

“Dalam hati ingat nak tanam cili padi pula selepas ini,” katanya.

Menjawab persoalan adakah terlintas bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada perniagaan, Amerul belum terfikir ke arah itu.

“Nak berhenti agak susah sebab ia sama seperti minat saya terhadap dunia penternaka­n dan pertanian ini.

“Apabila minat terhadap sesuatu perkara, pasti kita sanggup menahan azab sengsara yang dilalui,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Amerul sudah lama memendam hasrat berniaga ikan patin selama menetap di Temerloh. Foto ihsan Amerul Affendi
Amerul sudah lama memendam hasrat berniaga ikan patin selama menetap di Temerloh. Foto ihsan Amerul Affendi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia