Berita Harian

SHUIB BANTU INDIVIDU TAK BEKERJA

Sasar buka 28 cawangan Bubble Bee, sedia peluang pekerjaan

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Awalnya, niat membuka perniagaan minuman, Bubble Bee hanya bertujuan menjana pendapatan untuknya dan keluarga, namun siapa sangka, kini mampu menyalurka­n bantuan serta membuka peluang pekerjaan kepada individu yang memerlukan.

Bakal melancarka­n Yayasan Bubble Bee untuk tujuan murni itu, pelawak, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu berkata, idea menubuhkan yayasan itu timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an pada Mac lalu.

“Saya berhasrat memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Namun, ia mengundang kecaman apabila netizen mengatakan saya mahu buat ‘damage control’ selepas isu hangat mengenai bantuan kepada golongan selebriti dipersoalk­an.

“Ketika duduk bersama pasukan kerja, kami mendapat idea menubuhkan yayasan memandangk­an saya ada perniagaan minuman Bubble Bee. Dalam masa yang sama, orang ramai yang membeli Bubble Bee dapat juga membuat amal.

“Contohnya seperti Zakat, ia diambil 2.5 peratus daripada pendapatan. Sama juga dengan yayasan ini, kami akan ketepikan beberapa peratus hasil jualan harian, cenderahat­i Bubble

Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung,” katanya kepada B*POP.

Untuk usaha itu, Shuib, 36, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad melaksanak­an perkara yang sama di setiap cawangan Bubble Bee. Ia bertujuan menyalurka­n lebih banyak bantuan pada individu yang memerlukan.

“Di setiap cawangan, kami akan menyediaka­n tabung untuk berbuat demikian. Daripada kutipan itu, kami akan mengadakan program kebajikan masyarakat (CSR) seperti membantu mangsa banjir, rumah terbakar dan sebagainya.

“Bantuan akan dihulur secara berterusan, bukannya bersifat sementara. Tiada timbul isu apabila berlaku bencana seperti pandemik COVID-19 ini, jadi baru nak buat.

“Insya-allah, usaha ini akan konsisten setiap bulan. Kita rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, orang tua dan sebagainya yang akan dibantu,” katanya.

21 cawangan di Lembah Klang

Sehubungan itu, Shuib berkongsi, dia akan membuka beberapa cawangan di The Strand Kota Damansara, Subang Jaya, Sentul, Putrajaya dan sebagainya.

“Sebanyak 21 cawangan akan dibuka sekitar Lembah Klang, tidak lama lagi. Insya-allah kami sasarkan membuka 28 cawangan dalam tahun ini, kini berbaki tujuh cawangan sahaja lagi.

“Selepas ini, kami cadang untuk membukanya di luar Lembah Klang seperti Perak, Melaka dan beberapa negeri lain,” katanya.

Melihat perniagaan­nya berkembang maju, Shuib berkata, tidak ramai yang tahu apa yang dilaluinya untuk sampai ke tahap itu.

“Mungkin ada yang tidak tahu, sudah tujuh tahun saya berniaga. Tetapi dalam tempoh itu, lima tahun saya bergelut, tidak jumpa perniagaan, rakan niaga serta jalan yang betul. Dua tahun ini barulah perniagaan saya menjadi.

“Jujurnya pada awal

PKP, saya menerima kecaman teruk hingga saya dan isteri, Siti Sarah Raisuddin terlalu sedih.

Sarah terduduk menangis, takut orang ramai tak mahu menyokong kami, memandangk­an perniagaan baru bermula.

“Bagaimanap­un, saya percaya pada rezeki dan percaya Allah akan bukakan jalan untuk saya. Syukur, Allah tunjukkan jalan yang baik untuk kami,” katanya.

Shuib berkongsi antara hikmah diterima daripada kecaman adalah seperti temu duga yang dijalankan untuk mencari kakitangan baharu, mendapat sambutan luar biasa.

“Siapa sangka temuduga ini dihadiri oleh 300 individu, sedangkan saya hanya mahu mencari 120 kakitangan.

“Saya memahami, ramai yang hilang kerja ketika tempoh PKP lalu. Saya pernah berada dalam situasi sebegitu, di mana pergi temuduga, tetapi tidak diterima, jadi saya tahu bagaimana perasaan mereka.

“Itulah hasrat saya menjalanka­n perniagaan ini, untuk bantu orang ramai dengan menyediaka­n peluang pekerjaan. Dulu, saya berniaga untuk bantu diri sendiri dan keluarga, tettapi sekarang apabila berpeluang, saya mahu membantu lebih ramai orang yang memerlukan kerja.

“Komuniti sudah membantu saya membeli, jadi inilah masa saya memberi kembali pada komuniti, atas izin Allah. Insya-allah dengan pembukaan lebih banyak cawangan, saya mahu mengambil 120 pekerja lagi, menjadikan 240 pekerja,” katanya.

Selepas tiga bulan berkurung di rumah, aktres, Nad Zainal, 30, kembali bekerja dan menjalani penggambar­an biarpun terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkata, dia kini sedang menjalani penggambar­an telefilem berjudul Luluh sempena Aidiladha.

“Selepas beberapa lama duduk di rumah, sekarang saya ada alasan untuk keluar. Jujurnya, tiga bulan ini saya banyak membuat kerja rumah, masak, jaga anak dan sebagainya. Jadi, saya lega apabila dibenarkan bekerja semula dengan SOP yang ditetapkan.

“Saya rasa lebih selamat apabila kru dan pelakon menjaga serta mengutamak­an kebersihan.

“Awalnya, saya agak risau, tetapi selepas melihat pelakon dan kru mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, tidak berkumpul, menjaga penjarakan sosial, tidak melakukan adegan bersentuha­n, malah makanan pun dibungkus dalam pek serta dibahagika­n mengikut nama.

Jadi, saya yakin kami selamat,” katanya kepada B*POP.

Katanya, lagipun, penggambar­an dijalankan di luar, tiada langsung adegan bersentuha­n. Biarpun situasi itu dilihat kekok, kemesraan antara pelakon tetap sama.

“Kami menjalanka­n penggambar­an di Sekinchan, Selangor, jadi memang tiada adegan bersentuha­n.

“Penggambar­an pun habis awal, jika ikutkan penggambar­an dijalankan hingga jam 10 malam, tetapi bersama pengarah, Pali Yahya, petang sudah boleh pulang,” katanya.

Selain Nad, pelakon yang turut membintang­i naskhah arahan Pali itu adalah Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Fadilah Mansor.

Jadual penuh

Tamat sahaja komitmen bersama drama itu, Nad berkata, dia akan menjalanka­n penggambar­an drama terbaharu, Hati Yang Tersakiti

bersama Remy Ishak dan Mimi Lana untuk slot Samarinda di TV3.

Nad berkata, jadual seninya penuh hingga hujung tahun, mungkin disebabkan produksi yang kini berlumba-lumba menghabisk­an naskhah selepas sekian lama bercuti.

Wanita kelahiran Kajang, Selangor itu berkata, impak drama Di Hujung Ranting yang bersiaran di RTM sepanjang Ramadan lalu juga membawa rezeki buatnya.

“Ini adalah hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila drama Di Hujung Ranting

mendapat sambutan. Ia antara faktor saya menerima banyak tawaran watak hampir sama dengan Mawardah yang dibawakan menerusi drama ini.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur ini rezeki saya selepas beberapa lama duduk di rumah,” katanya.

Sementara itu, bercerita sambutan Aidilfitri, Nad berkata, dia tidak mempunyai masalah merentas negeri kerana keduadua keluargany­a menetap sekitar Lembah Klang.

“Jadi, saya hanya beraya di ibu kota sahaja. Seperti tahun sebelum ini, saya hanya beraya di Lembah Klang memandangk­an kampung suami saya pun di sini.

“Lagipun, kami menyambut raya hanya tiga hari sahaja, lepas itu sudah kembali seperti biasa,” kata ibu kepada anak lelaki, Fahad Ibrahim.

Saya rasa lebih selamat apabila kru dan pelakon menjaga serta mengutamak­an kebersihan

 ??  ?? Shuib dan isterinya Siti Sarah melancarka­n Yayasan Bubble Bee untuk membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup.
Shuib dan isterinya Siti Sarah melancarka­n Yayasan Bubble Bee untuk membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup.
 ??  ?? Nad Zainal selamat apabila pelakon dan kru produksi mamatuhi SOP ketika penggambar­an drama.
Nad Zainal selamat apabila pelakon dan kru produksi mamatuhi SOP ketika penggambar­an drama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia