Berita Harian

Menu cita rasa antarabang­sa di Hotel Maya

-

Berpatutan, namun tidak sekalikali berkomprom­i dengan kualiti, itu jaminan yang ditawarkan Hotel Maya Kuala Lumpur kepada tetamu yang ingin menikmati hidangan makanan dan minuman di hotel berkenaan.

Selepas kira-kira dua bulan ditutup berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), restoran di hotel itu kini mengalu-alukan tetamu, dengan menu set dan hidangan baharu yang lazat serta pelbagai pilihan.

Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, M Sharmini, berkata tidak mengetepik­an garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk penggunaan peralatan makanan pakai buang dan penjarakan sosial, pihaknya tetap memastikan tetamu dapat menikmati hidangan dengan selesa di hotel yang terletak di Jalan Ampang itu.

“Selepas mengambil kira pelbagai perkara, kami mengambil keputusan membuka semula restoran kepada tetamu sejak 10 Jun lalu dengan satu menu yang inovatif.

“Menu ini menampilka­n makanan terkenal daripada restoran makanan Jepun dan Cina, Still Waters; restoran bagi hidangan sepanjang hari, Maya Brasserie dan Restoran Deli, Ramah Tamah.

“Ia bukan saja akan membolehka­n tetamu kekal dengan jarak sosial tetapi juga dapat menikmati hidangan mengikut selera dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya.

Pelbagai menu, harga berpatutan

Pengarah Jualan dan Pemasarann­ya, Christy Woon, berkara pelbagai jenis makanan ditawarkan dan pengunjung merasai sendiri keenakan masakan cef yang pakar dalam bidang masakan masing-masing, termasuk menu set, hidangan masakan Melayu dan Cina, Barat serta Jepun.

Terdapat tiga menu set ditawarkan dengan harga berpatutan untuk dua orang, merangkumi pembuka selera, sup, beberapa hidangan utama dan pilihan pencuci mulut.

Tiga set menu, iaitu Set Menu

Ixora berharga RM60; Hibiscus (RM80) dan Rafflesia (RM100), merangkumi pelbagai makanan terkenal di situ, antaranya

dan

“Selain itu, hidangan ala carte sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencuba hidangan berasingan. Antara yang mesti dicuba adalah nasi kerabu dengan ayam berempah, nasi tomato bersama ayam masak merah dan sotong mentega bersama telur masin, berharga RM8 ke atas,” katanya.

Hotel Maya Kuala Lumpur turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an melalui laman web hotelmayak­l.beepit.com.

“Selain penghantar­an percuma bagi pesanan minimum RM60 dalam radius lima kilometer (km) dan minimum RM80 bagi radius 10km, pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai 10 peratus bagi pembelian seterusnya,” katanya.

Sharmini (kiri)

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? bersama hidangan menu terbaru gabungan cita rasa Malaysia di Hotel Maya.
(Foto Rohanis Shukri/bh) bersama hidangan menu terbaru gabungan cita rasa Malaysia di Hotel Maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia