Berita Harian

Keistimewa­an Tanjung Dawai

Pengunjung boleh nikmati pemandanga­n pantai dan nikmati hasil laut yang segar

-

Oleh Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani, Tanjung Dawai adalah salah satu destinasi yang menjadi tarikan pelancong di daerah Kuala Muda.

Terdapat dua cara untuk ke Tanjung Dawai iaitu dengan menggunaka­n jalan darat yang mana pengunjung perlu menempuh perjalanan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani atau pun menggunaka­n bot.

Pengangkut­an bot mengenakan bayaran RM3 untuk perjalanan sehala boleh didapati di pesisir Pantai Merdeka iaitu kawasan pantai yang terletak bertentang­an dengan pantai Tanjung Dawai.

Pemilik bot, Jamaluddin Hassim, 70, berkata masa perjalanan dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai hanya mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit sahaja.

Katanya, kebiasaann­ya terdapat kira-kira empat hingga lima bot disediakan di Pantai Merdeka dan juga di pantai Tanjung Dawai bagi kemudahan pengunjung berulang-alik di dua kawasan berkenaan. “Perkhidmat­an bot ini seperti pengangkut­an awam lain seperti teksi, bas dan sebagainya yang mana setiap bot mampu menampung sehingga 12 penumpang dalam satu masa.

“Kebiasaann­ya kita akan mengumpul beberapa orang penumpang terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan,” katanya ketika ditemui, barubaru ini.

Melawat pulau

Jamaluddin berkata, selain itu, pemilik bot juga menawarkan pakej sewaan bot bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandanga­n di sekitar Tanjung Dawai dan pulau-pulau berhampira­n.

“Untuk aktiviti melawat bagi melihat kawasan sekitar, pengunjung perlu membayar RM100 hingga RM200 bagi sewaan satu bot.

“Pemandu bot akan membawa mereka berkunjung ke kawasan sangkar ikan, masuk ke beberapa kampung yang berada di pesisir pantai dan menikmati keindahan Pantai Merdeka,” katanya.

Beliau berkata, bagi pakej ke pulau berhampira­n seperti Pulau Song Song, Pulau Bidan dan Pulau Telur, bayaran sebanyak RM400 hingga RM600 dikenakan dan pengunjung boleh menghabisk­an masa melakukan aktiviti di pulau berkenaan sepanjang hari.

Selain itu, Tanjung Dawai juga terkenal sebagai lokasi yang menjual hasil laut yang diproses seperti belacan, ikan masin, ikan bilis, sotong kering dan sebagainya.

Di sepanjang laluan untuk ke pekan Tanjung Dawai, terdapat banyak premis yang didapati menjual hasil laut diproses.

Lokasi utama pengunjung adalah di Arked Niaga Tanjung Dawai yang mana menempatka­n lebih 10 kedai yang menjual produk hasil laut diproses.

Menariknya, kebanyakan hasil laut ini diproses sendiri oleh penduduk setempat dan dijual pada harga lebih murah daripada pasaran.

Memandangk­an rata-rata penduduk di sini adalah terdiri daripada golongan nelayan dan petani, tidak hairanlah sekiranya ramai orang luar yang datang ke sini semata-mata ingin mendapatka­n hasil laut segar yang boleh dibeli terus dari jeti berhampira­n.

Harga yang ditawarkan pastinya jauh lebih murah berbanding harga di pasaran, namun, difahamkan jualan hasil laut segar ini hanyalah dilakukan bermula waktu pagi sehingga tengah hari sahaja.

Hasil laut

Bagi penggemar makanan laut, terdapat banyak restoran makanan laut yang menyajikan menu masakan berasaskan hasil laut yang segar.

Kebanyakan restoran ini berada di kawasan tepi pantai, jadi sambil menikmati juadah makan yang enak, pengunjung juga dapat menikmati pemandanga­n pantai Tanjung Dawai yang mendamaika­n.

Bagi pengunjung dari Pulau Pinang, Siti Zubaidah Bakar, 34, Tanjung Dawai sesuai dijadikan lokasi untuk menghabis masa hujung minggu bersama insan tersayang.

Katanya, ia bukan sahaja menjadi syurga makanan laut tetapi juga mempunyai pemandanga­n alam semula jadi yang mempesonak­an.

“Selain pemandanga­n laut, kita juga boleh melihat terdapat pemandanga­n hutan paya bakau yang terletak di sepanjang perkampung­an nelayan di sini.

“Pemandanga­n seperti ini sukar ditemui di tempat lain terutama di bandar besar, jadi Tanjung Dawai sememangny­a lokasi yang sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukkan bandar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia