Berita Harian

Pogba tunjuk nilai sebenar

-

London: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya dia boleh memulihkan kembali prestasi Paul Pogba selepas pemain Perancis itu mencipta impak besar pada penampilan pertamanya sejak enam bulan selepas The Red Devils seri 1-1 di Tottenham, semalam.

Solskjaer meletakkan pemenang Piala Dunia itu di bangku simpanan pada permulaan tetapi Pogba mendapatka­n penalti buat gol penyamaan United yang disempurna­kan Bruno Fernandes apabila menampilka­n kemahiran tinggi memperdaya Eric Dier.

Pogba mengalami kecederaan pergelanga­n kaki musim ini, hanya melakukan sembilan penampilan dan dikaitkan dengan perpindaha­n keluar dari Manchester.

“Paul sentiasa mahu membuktika­n sesuatu kerana dia mahu menjadi yang terbaik.

“Dia melalui musim yang mengecewak­an kerana kecederaan. Bagi saya Paul menunjukka­n dia boleh menyumbang sesuatu. Saya tidak sabar untuk kembali mendapatka­n kecergasan­nya, jadi dia boleh kembali ke tahap terbaik,”

“Tapi ia hanya akan menjadi lebih penting apabila ia menjadi kenyataan dan kami meraikanny­a.”

Liverpool akan kembali beraksi berdepan Everton awal pagi esok sambil memerlukan hanya dua kemenangan daripada baki sembilan saingan bagi MENGEAGENS­I sahkan kejuaraan. kata Solskjaer.

Sementara itu, legenda Manchester United, Roy Keane menegaskan penjaga gol David De Gea sepatutnya dipecat kerana gagal menyelamat­kan gol pembukaan Steven Bergwijn.

Pemain sayap Tottenham itu berjaya mengatasi pertahanan United sebelum meledak jaringan pada minit ke-27.

Bekas pemain berusia 48 tahun itu berkata: “Ia kesilapan pertahanan yang besar - tiga pemain terbabit dan De Gea juga tidak boleh buat lebih baik.

“Saya terkejut dengan gol itu. Saya sudah lihat banyak aksi bola sepak dan memberikan gol seperti itu membuatkan saya marah.

“Saya bengang dengan (Harry) Maguire dan saya tidak tahan dengan penjaga gol ini.

“Saya pasti akan bergaduh dengannya selepas babak pertama, saya akan menumbukny­a.

“Maguire dan De Gea, saya tidak akan membiarkan mereka berada dalam bas pasukan selepas perlawanan. Cari teksi balik ke Manchester,” katanya.

AGENSI

 ??  ?? David De Gea
David De Gea
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia