Berita Harian

Nafi gagal lepasi syarat berlatih

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan laporan permohonan mereka untuk memulakan latihan ditolak Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Sebaliknya, Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain, berkata Terengganu FC (TFC) dan Terengganu FC II (TFC II) akan memulakan latihan, hari ini selepas mendapat kelulusan MFL, Khamis lalu.

Katanya, PBSNT melengkapk­an semua syarat ditetapkan MFL bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu berkaitan ujian calitan, melantik seorang pegawai penyelaras, venue latihan serta mendaftark­an venue kepada MITI.

“Kami sudah menghantar semua dokumen diperlukan pada

Rabu (17 Jun) dan diluluskan MFL. Namun kami akan memulakan latihan pada Ahad selepas semuanya bersedia.

“Semua proses berjalan lancar dan tiada sebarang masalah daripada pihak kami bagi MFL meluluskan permohonan seperti yang diarahkan termasuk venue latihan di Gong Badak.

“Sesi latihan nanti akan dirancang barisan kejurulati­han memandangk­an hanya 10 pemain dan empat pegawai dibenarkan dalam satu tempoh masa 45 minit.

“Pintu masuk di Kompleks Sukan Gong Badak akan dibantu pihak keselamata­n untuk memastikan pemain, pegawai dan orang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke kawasan latihan,” katanya.

Setakat ini, beberapa pasukan didahului Negeri Sembilan serta UITM FC, Selangor II dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah memulakan latihan minggu ini selepas berjaya melengkapk­an empat syarat utama ditetapkan MFL.

Dalam perkembang­an lain, Setiausaha Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman berkata pasukan yang mahu menjimatka­n kos ujian calitan boleh mencari alternatif dengan melakukann­ya di hospital kerajaan.

“Presiden kelab (Datuk Che Abdullah Mat Nawi) sudah menghubung­i pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan selewatlew­atnya sebelum Rabu depan kami akan lakukan ujian calitan,” katanya.

 ??  ?? Aksi TFC bertemu Selangor pada saingan Liga Super 2020 Mac lalu.
Aksi TFC bertemu Selangor pada saingan Liga Super 2020 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia