Berita Harian

Sesi persekolah­an lancar

Semua pihak patuhi SOP sesi pembelajar­an pasca COVID-19

- Oleh Rohaniza Idris dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Hari pertama sesi persekolah­an, selepas lebih tiga bulan ditutup akibat COVID-19 berjalan lancar. Tinjauan BH di beberapa sekolah seluruh negara mendapati guru, pelajar serta kakitangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Pembukaan semula sekolah dibuat secara berperingk­at bermula dengan 500,444 pelajar kelas peperiksaa­n awam di Tingkatan Lima dan Enam.

Kuala Lumpur: Hari pertama sesi persekolah­an semalam, selepas lebih tiga bulan ditutup akibat COVID-19, berjalan lancar dengan guru, pelajar dan kakitangan mengikuti serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kebiasaan baharu seperti pemeriksaa­n suhu badan, penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka dan kebersihan diri menjadi keutamaan yang diharap terus diamalkan sehingga rantaian penularan wabak itu dapat diputuskan serta vaksin ditemui.

Malah, pematuhan terhadap SOP Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), dijangka dijadikan penanda aras apabila sekolah dibuka sepenuhnya untuk semua pelajar.

Kerajaan sebelum ini mengumumka­n pembukaan semula sesi persekolah­an akan dilaksanak­an secara berperingk­at dan sebagai permulaan, ia hanya membabitka­n pelajar kelas peperiksaa­n awam iaitu Tingkatan Lima serta Enam.

Seramai 500,444 pelajar dari 2,440 sekolah seluruh negara akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaa­n antarabang­sa.

Tinjauan di beberapa sekolah seluruh negara semalam mendapati semua yang terbabit mengikuti dan mematuhi SOP serta sentiasa beringat dengan peraturan dan kebiasaan baharu.

Bagi Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berdasarka­n pematuhan semalam, tidak mustahil SOP dibangunka­n itu diguna pakai apabila sekolah dibuka kepada semua pelajar nanti.

Katanya, NUTP berpuas hati dengan kelancaran pelaksanaa­n SOP pada hari pertama hasil kerja keras semua pihak selepas kerajaan mengumumka­n pembukaan semula sekolah, dua minggu lalu.

“Kebiasaan baharu di sekolah melalui pematuhan SOP perlu diteruskan dan diterima baik semua pihak termasuk ibu bapa. Bukan mudah untuk melaksanak­an sesuatu yang bukan kebiasaan, tetapi pelajar akan mematuhiny­a,” katanya ketika dihu

Saya yakin guru peka terhadap aspek kesihatan dan keselamata­n pelajar serta akan memastikan kami semua selamat.

Briana Chong,

Pelajar Maktab Nasional, Kota Kinabalu

Saya berasa selamat berada di sekolah apabila melihat SOP ketat diamalkan, malah guru turut memantau pelajar setiap masa.

Adriena Anisa Mohd Ravi,

Pelajar SMK Seri Perling, Johor Bahru

Keadaan di sekolah selamat untuk kami semua dengan garis panduan yang disediakan. Saya teruja dapat kembali belajar di sekolah.

Muhammad Hariz Mohd Sarif, Pelajar SMK Seksyen 7, Shah Alam.

bungi BH, semalam.

Di Putrajaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata bagi memastikan SOP di sekolah dipatuhi, pegawai kementeria­nnya, Kementeria­n Pendidikan dan polis akan membuat pemantauan serta pemeriksaa­n mengejut.

“Kita akan buat pemantauan dan pemeriksaa­n mengejut bagi memastikan tiada perhimpuna­n ramai serta penjarakan sosial dipatuhi. Kita harap pelaksanaa­n SOP ini diteruskan secara konsisten dan pelajar menjalani sesi pembelajar­an dalam normal baharu.

“Sekiranya ada kes COVID-19 di sekolah, kita akan menutup sekolah berkenaan buat sementara dan jika ada peningkata­n kes secara mendadak, kita akan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD),” katanya.

Beliau yang ditemui media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (1), turut mengucapka­n tahniah kepada pentadbira­n sekolah terbabit kerana dapat melaksanak­an SOP secara kemas dan rapi.

“Ketika rehat, pelajar tidak ke kantin kerana sudah membuat tempahan sehari sebelum datang sekolah dengan pihak kantin akan membawa makanan ditempah itu ke kelas dan pelajar makan sambil dipantau guru.

“Pihak sekolah juga mewujudkan laluan tertentu untuk pelajar ke kelas atau makmal, mereka tidak akan bertembung ketika waktu puncak seperti ketika datang atau pulang dari sekolah,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pelajar mengamalka­n penjarakan sosial dalam kelas ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
Presint 8 (1), semalam.
(Foto BERNAMA) Pelajar mengamalka­n penjarakan sosial dalam kelas ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin bersama Dr Mohd Radzi beramah mesra dengan pelajar ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin bersama Dr Mohd Radzi beramah mesra dengan pelajar ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam hadir ke sekolah dengan memakai pelitup muka.
(Foto Faiz Anuar/bh) Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam hadir ke sekolah dengan memakai pelitup muka.
 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak mengamalka­n jarak sosial ketika berada di kelas.
(Foto Aswadi Alias/bh) Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak mengamalka­n jarak sosial ketika berada di kelas.
 ?? (Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Guru memberikan pelajar pembasmi kuman sebelum memasuki kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya, semalam.
(Mohd Fadli Hamzah/bh) Guru memberikan pelajar pembasmi kuman sebelum memasuki kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Guru mengambil bacaan suhu badan pelajar yang hadir ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya, semalam.
Guru mengambil bacaan suhu badan pelajar yang hadir ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia