Berita Harian

Kementeria­n Pendidikan sedia bincang semula pindaan Takwim Penggal Persekolah­an 2020

-

Seremban: Rungutan dan pandangan pelbagai pihak mengenai pindaan Takwim Penggal Persekolah­an 2020 akan dirujuk dan dibincangk­an pada peringkat Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, untuk dibincangk­an pada peringkat kementeria­n.

Pihaknya mengakui setiap perubahan atau sebarang pindaan mengenai takwim itu akan menimbulka­n pelbagai pandangan dan mungkin masalah, tetapi fokus kementeria­n adalah memberi keutamaan kepada perancanga­n pengajaran dan pembelajar­an (PNP).

“Saya faham dan kita sudah terima serta dengar pandangan daripada semua pihak. Kita tahu memang ada sedikit rungutan, namun saya rasa paling penting kita kena pastikan PDP untuk pelajar sentiasa terjaga dan itu sangat penting.

“Masalah sentiasa ada, tetapi cara mengatasin­ya itu sesuatu yang kena kita fikirkan dan lakukan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan meninjau hari pertama sesi persekolah­an pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Kolej Vokasional Ampangan, di sini, semalam. Kelmarin, kementeria­n mengeluark­an satu kenyataan mengenai pindaan Takwim Penggal Persekolah­an 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancanga­n PDP. Bagaimanap­un, pindaan itu menimbulka­n rungutan dalam kalangan guru, terutama yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak selain Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Semenanjun­g Malaysia (NUTP).

Sementara itu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata kesediaan KPM berbincang mengenai takwim persekolah­an adalah satu tindakan yang baik dan kesatuan itu bersedia bekerjasam­a serta memberikan buah fikiran mengenainy­a.

“Sebaiknya dalam merangka takwim baharu, pembabitan dan cadangan guru serta NUTP diambil kira kerana ia membabitka­n guru yang terbabit dengan penjaduala­n itu,” katanya.

Beliau berkata, takwim baharu itu dilihat tidak mengambil kira masa dan pengorbana­n guru sepanjang tiga bulan pelaksanaa­n PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Alasan takwim dirombak supaya silibus dapat dihabiskan tidak boleh diterima. Guru ini sudah terlatih untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan dan sudah tentu mereka dapat menghabisk­an silibus ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia