Berita Harian

Tiga pegawai imigresen, seorang anggota polis marin ditahan kes seludup PATI

Tiga pegawai imigresen, seorang Polis Marin kena tahan

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Tiga pegawai Jabatan Imigresen dan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan susulan operasi berterusan polis Johor ke atas kegiatan sindiket penyeludup­an migran, sejak Mac lalu.

Pegawai Jabatan Imigresen berusia antara 30 hingga 48 tahun berkenaan bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor, manakala anggota PPM berusia 41 tahun pula bertugas di Markas Operasi Pasukan Marin di Putrajaya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tangkapan pertama membabitka­n tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lalu, selain kejayaan operasi itu susulan maklumat diperoleh daripada soal siasat ke atas 12 migran warga Indonesia yang ditahan cawangan khas di antara 15 hingga 21 Jun lalu.

Katanya, modus operandi digunakan oleh tiga suspek itu adalah menyediaka­n cop (keluar/masuk) imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruska­n penyeludup­an warga Indonesia yang sudah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kadar bayaran dikenakan RM1,500 hingga RM2,500 bagi setiap migran dan setibanya di Terminal Pasir Gudang, pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunaka­n cop disyaki palsu akan diuruskan pegawai imigresen yang bersekongk­ol dengan sindiket bagi menguruska­n pergerakan pulang PATI ke negara asal.

“Kegiatan sindiket penyeludup­an keluar warga Indonesia menerusi Terminal Feri Pasir Gudang, Johor ke Batam Center, Indonesia, bergiat aktif bermula awal bulan lalu ketika Kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sindiket membabitka­n pegawai imigresen di pintu sah ini mula aktif selepas operasi besar-besaran dilancarka­n polis Johor ke atas sindiket penyeludup­an di pantai timur Johor lumpuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini, semalam.

Ayob Khan berkata, dalam satu lagi operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Johor berjaya menahan seorang lagi anggota PPM pada 19 Jun lalu, disyaki bersekongk­ol dengan kegiatan sama, selain aktif dalam sindiket penyeludup­an migran sejak Mei 2017.

“Bagi tangkapan membabitka­n anggota marin akan disiasat mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Bab 6B Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan mengguna pakai prosedur siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Manakala untuk tangkapan pegawai dan anggota imigresen akan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM)

Sindiket membabitka­n pegawai imigresen di pintu sah ini mula aktif selepas operasi besar-besaran dilancarka­n polis Johor ke atas sindiket penyeludup­an di pantai timur Johor lumpuh.

2007 dengan mengguna pakai prosedur siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Sehingga kini, 22 pegawai penguat kuasa sudah ditahan berhubung sindiket penyeludup­an migran di pantai timur Johor membabitka­n 14 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu seorang pegawai dan 13 anggota, selain lima kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu dua pegawai serta tiga lain-lain pangkat dan tiga pegawai imigresen,” katanya.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, polis menahan dua individu termasuk seorang wanita tempatan dipercayai terbabit dalam penyeludup­an dadah ke Singapura menggunaka­n pesawat dron dalam serbuan di sebuah kondominiu­m berasingan di sekitar Johor Bahru, kelmarin.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) dengan kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura turut memberkas lelaki warga Singapura dikenali sebagai 'Boy Setan' di sebuah kondominiu­m, Taman Mount Austin, pada hari sama.

Katanya, dua yang ditahan itu adalah rakan ‘Boy Setan' dan teman wanitanya.

“Semakan rekod menunjukka­n dua suspek lelaki adalah ahli kongsi gelap Salakau atau geng 369 di Singapura yang dikehendak­i berkaitan kes jenayah dan dadah oleh pihak berkuasa Singapura.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah methamphet­amine. Penangkapa­n suspek membolehka­n polis merampas sebanyak 37 biji pil ecstasy (11.83 gram), 13.6 gram syabu dan 2.4 gram heroin dengan nilai keseluruha­n RM2,590.

“Kalau ikut peraturan (penggunaan dron), perlu ada permit dan kebenaran Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

Beliau berkata, kedua-kedua suspek warga Singapura itu direman 14 hari bermula semalam hingga 7 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia