Berita Harian

Syor benar solat Jumaat di surau

Usul bolehkan lebih ramai umat Islam tunai ibadah dalam tempoh PKPP

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan mengemukak­an cadangan untuk membenarka­n surau melaksanak­an solat Jumaat pada mesyuarat Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad

Al-bakri, berkata cadangan itu bertujuan membolehka­n lebih ramai umat Islam menunaikan solat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kerajaan amat prihatin akan kegusaran umat Islam yang ingin kembali menunaikan solat Jumaat dalam tempoh ini.

“Semoga usul ini dapat dipertimba­ngkan dan diputuskan pihak berkuasa agama negeri dengan sebaiknya,” katanya menerusi entri di akaun Twitter rasminya, semalam.

Zulkifli berkata, mesyuarat turut dihadiri semua mufti dan ahli yang dilantik Majlis Rajaraja.

Sebelum ini, beliau diminta mengulas sama ada Malaysia akan mencontohi Singapura yang membenarka­n solat Jumaat

Kerajaan amat prihatin akan kegusaran umat Islam yang ingin kembali menunaikan solat Jumaat dalam tempoh ini.

Zulkifli Mohamad Al-bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

dua sesi bagi memberi peluang lebih ramai jemaah menunaikan­nya.

Singapura memutuskan untuk membenarka­n solat Jumaat dilakukan dua sesi mulai esok.

Dalam ciapan berasingan,

Zulkifli berkata, keputusan Kerajaan Arab Saudi mengehadka­n ibadah haji tahun ini untuk warganegar­a dan rakyat asing di negara itu, disampaika­n oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Abdulaziz Alsheikh.

“Sheikh Abdullatif turut menyampaik­an penghargaa­n atas kerjasama erat Malaysia dan Arab Saudi, terutama urusan membabitka­n hal ehwal agama dan ibadah haji.

“Saya turut menyampaik­an sanjungan penghormat­an kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas kecaknaan kepada masalah umat di seluruh dunia bagi pelaksanaa­n ibadah haji tahun ini.

“Semoga wabak COVID-19 ini segera terhapus dari kedua-dua negara ini dan seluruh dunia,” katanya.

 ?? (Foto ihsan MKI) ?? Zulkifli pada mesyuarat Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
(Foto ihsan MKI) Zulkifli pada mesyuarat Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia