Berita Harian

Sultan Perak izin solat sunat Aidiladha berjemaah

-

Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membenarka­n solat sunat Aidiladha diadakan secara berjemaah di masjid dan surau, selepas mendapat pandangan Jawatankua­sa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Shahrul Azam Shaari, berkata jumlah jemaah dibenarkan berdasarka­n had keluasan ruang utama dewan solat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter di antara jemaah.

Beliau berkata, pelaksanaa­n solat sunat Aidiladha juga dibuka kepada wanita di ruang khas dan kehadiran perlu bersama mahram.

“Memandangk­an sambutan Aidiladha pada tahun ini jatuh pada Jumaat dan selaras dengan ketetapan ulil amri (pemerintah), ditegaskan solat Jumaat wajib dilaksanak­an pada Aidiladha,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Shahrul Azam berkata, solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat hanya dibenarkan kepada warganegar­a Malaysia.

Beliau berkata, hanya ibadat korban dianjurkan jawatankua­sa masjid dan surau dibenar dilaksanak­an pada 31 Julai hingga 3 Ogos ini serta diadakan secara terhad di kawasan halaman masjid dan surau.

Sementara itu, di Pulau Pinang, bilangan jemaah untuk semua surau dan masjid dibenar mengikut keluasan ruang premis berkuat kuasa hari ini.

Kuliah atau ceramah dibenarkan hanya selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari.

Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman,

Yang Dipertua MAINPP

Penambahan jumlah jemaah sehingga 45 peratus bergantung kepada keluasan dan kapasiti masjid.

Mat Azmi Arshad,

Pesuruhjay­a JHEAT

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata ketetapan sama terpakai untuk kuliah dan ceramah di surau serta masjid, kecuali untuk solat fardu dan solat jenazah bukan COVID-19.

Katanya, jumlah jemaah mengikut keluasan masjid atau surau itu tertakluk penjarakan sosial satu meter dan SOP lain ditetapkan, serta mengikut kemampuan pengurusan.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), berkata ketetapan diputuskan selepas perbincang­an dengan semua pihak berkaitan termasuk Jabatan

Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAPP), Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

“Kuliah atau ceramah dibenarkan hanya selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari.

“Ruang musafir khas yang dibenarkan bagi masjid dan surau pula bermula jam 6 pagi hingga 9.30 malam,” katanya.

Mengenai solat Jumaat, Ahmad Zakiyuddin berkata, bilangan jemaah dibenarkan tidak kurang daripada 40 orang berkuat kuasa esok.

Kerajaan Terengganu pula membenarka­n jawatankua­sa masjid menambah bilangan jemaah untuk menunaikan solat Jumaat sehingga 45 peratus, berbanding hanya 20 peratus bermula esok.

Pesuruhjay­a Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata penambahan jumlah jemaah itu diluluskan pada mesyuarat penyelaras­an Ahad lalu.

Bagaimanap­un, katanya, penambahan jumlah jemaah itu bergantung kepada keluasan dan kapasiti masjid.

 ?? (Foto hiasan) ?? Solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat di Perak hanya dibenarkan kepada warganegar­a Malaysia.
(Foto hiasan) Solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat di Perak hanya dibenarkan kepada warganegar­a Malaysia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia