Berita Harian

Teknologi digital jadi pengisian normal baharu

Aplikasi Kiplelive Green Packet mudahkan pihak sekolah urus kehadiran murid

-

Pelajar menggunaka­n peranti

Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga bulan ditutup susulan penularan COVID-19, sekolah di negara ini akhirnya dibuka semula bermula semalam bagi pelajar Tingkatan Lima dan Enam.

Bagaimana agaknya suasana hari pertama persekolah­an dalam keadaan ini? Anak syarikat Green Packet, Kiplelive Sdn Bhd (Kiplelive) memantau perkembang­an di beberapa sekolah yang mengambil langkah pencegahan dalam memastikan keselamata­n pelajar dan guru.

Selaku peranti yang mengintegr­asikan penyelesai­an pengimejan terma bagi membantu penerapan normal baharu dalam mengatasi pandemik COVID-19, imbasan suhu digital menjadi sebahagian daripada kebiasaan baharu di beberapa sekolah.

Antara lawatan adalah ke Sekolah Menengah Cheras Perdana semalam, yang menyaksika­n kira-kira 300 pelajar kembali ke sekolah. Guru-guru kelihatan menyambut kedatangan pelajar dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

Sekolah Menengah Cheras Perdana adalah satu daripada sekolah yang memasang peranti pengimejan terma dan kedatangan digital, di mana ia menggunaka­n teknologi Kiplelive.

Dalam usaha untuk membantu penerapan normal baharu, sekolah berkenaan hanya memastikan pelajar yang memuat naik profil mereka ke Sistem Kehadiran Berasaskan Pengkomput­eran Awan, dibenarkan kembali ke sekolah.

Lantai ditanda dengan pita kuning sebagai panduan pelajar melepasi ‘zon kehadiran’, iaitu ruang paling sesuai bagi pengesanan wajah menerusi kamera.

Green Packet menjalanka­n pengoptimu­man profil pelajar bagi memastikan algoritma berada dalam ruang optimum untuk pengesanan wajah, termasuk pelajar lebih muda.

Apabila pelajar melepasi pagar sekolah, suhu badan mereka direkodkan seiring Pengenalan Wajah. Sistem ini menggunaka­n Pengesanan Wajah untuk menentukan pelajar yang memasuki sekolah.

Pengurusan sekolah juga berupaya untuk melihat kehadiran yang dirakam secara digital menerusi Sistem Pengesanan Wajah.

Aplikasi Kiplelive Green Packet dibangunka­n dengan teknologi paling canggih yang mudah diguna pakai oleh pelbagai sekolah mengikut pendekatan masing-masing.

Kerumitan dalam mengoptimu­mkan konfiguras­i pusat kawalan sistem perkakasan dan perisian membolehka­n bacaan serta pengambila­n data tanpa sentuhan digunakan untuk mengesan kontak jika berlaku penularan.

Di sisi sistem pengguna, ia mengandung­i data digital ‘waktu tiba dan waktu pulang’, sekali gus mengambil kehadiran yang dengan sendirinya mengurangk­an beban pihak pentadbira­n sekolah.

Menariknya, pasukan Kiple memaklumka­n sekolah terbabit merintis Program Pengesanan Wajah Bagi Pengumpula­n Makanan Tanpa Sentuhan Digital tahun lalu, sebelum penularan wabak COVID-19.

Ledakan pandemik itu bermakna pengendali­an tunai kini dianggap sebagai tidak bersih bagi semua pemegang taruh.

Ketika ini, Kiplelive sedang berusaha ke arah menjadikan Pengenalan Wajah sebagai token tunggal untuk kantin tanpa tunai dan pengambila­n makanan siap dibungkus. Pelajar boleh mengambil masakan dipesan lebih awal menggunaka­n Pengenalan Wajah atau Kad Pelajar bagi mengurangk­an barisan dan masa menunggu.

Pengenalan Wajah Buatan menghubung­kan wajah pelajar kepada permohonan sekolah ibu bapa mereka, yang turut dipertimba­ngkan sebagai pengesahan untuk mengambil makanan yang dibayar lebih awal.

Selain makanan, sistem ini menyokong kaedah kutipan bayaran lain seperti pembelian pakaian seragam, buku sekolah dan pembelian lain. Aplikasi ini turut menyatakan peringatan baki bagi membantu ibu bapa, selain memudahkan pengguna meneliti apa yang perlu dibayar dan bila. Sistem ini membolehka­n pentadbir sekolah berkomunik­asi terus dengan ibu bapa dan penjaga sepanjang masa.

Ia juga bermakna Pengenalan Wajah boleh digunakan sebagai token tunggal dalam aspek Imbasan Kesihatan, Kehadiran dan Persekitar­an Tanpa Tunai.

Kiplelive bersedia berperanan secara proaktif dalam menggerakk­an sistem Pengenalan Wajah sebagai sebahagian daripada normal baharu, melangkaui era pasca COVID-19.

Dalam usaha untuk membantu penerapan normal baharu, sekolah perlu memastikan hanya pelajar yang memuat naik profil mereka ke Sistem Kehadiran Berasaskan Pengkomput­eran Awan, dibenarkan kembali ke sekolah.

 ??  ?? pengimejan terma dan kedatangan digital yang dihasilkan Kiplelive.
pengimejan terma dan kedatangan digital yang dihasilkan Kiplelive.
 ??  ?? Aplikasi Kiplelive Green Packet dibangunka­n dengan teknologi paling canggih mudah diguna pakai oleh sekolah berbeza mengikut pendekatan masing-masing.
Aplikasi Kiplelive Green Packet dibangunka­n dengan teknologi paling canggih mudah diguna pakai oleh sekolah berbeza mengikut pendekatan masing-masing.
 ??  ?? Guru Sekolah Menengah Cheras Perdana menggunaka­n peranti kedatangan digital bagi pengesanan wajah menerusi kamera, semalam.
Guru Sekolah Menengah Cheras Perdana menggunaka­n peranti kedatangan digital bagi pengesanan wajah menerusi kamera, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia