Berita Harian

PM hargai usaha, kesungguha­n warga sekolah

-

sekolah.

“Bagi SMK Datok Lokman, saya dapat saksikan kesungguha­n pengurusan sekolah memenuhi SOP ditetapkan, bermula daripada ketibaan pelajar sehingga mereka pulang.

“Saya saksikan sendiri saringan suhu terhadap semua individu dilaksanak­an di pintu masuk sekolah, sebelum ditulis di atas pelekat yang kemudian dilekatkan pada lengan baju pelajar.

“Stesen cuci tangan pula diletakkan di luar bilik darjah bagi memastikan pelajar kerap mencuci tangan,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau dimaklumka­n waktu rehat di sekolah itu dibahagika­n kepada tiga fasa dengan tempahan makanan dibuat melalui guru kelas dan makanan ditempah dari kantin atau dibawa sendiri hanya dibenarkan dimakan di dalam kelas.

“Insya-allah, dengan persediaan rapi dan pelaksanaa­n serta pematuhan SOP yang betul oleh semua pihak, saya yakin risiko jangkitan wabak dalam kalangan pelajar dapat dielakkan.

“Saya turut berpesan agar mereka sentiasa berdisipli­n menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan, jaga jarak sosial serta elakkan berada di tempat yang sesak dan sempit.

“Saya panjangkan doa agar anak-anak kita yang kembali bersekolah dilindungi Allah dan dipermudah­kan urusan dalam mengharung­i kebiasaan baharu sesi persekolah­an,” katanya yang turut berkongsi tujuh gambar lawatannya itu yang turut disertai Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin. ‘

Sementara itu, Radzi yang melakukan tinjauan di beberapa sekolah semalam, melihat kesungguha­n warga sekolah bersemanga­t dan sentiasa beringat dengan peraturan serta kebiasaan baharu pasca COVID-19.

“Pagi tadi (semalam), kami ke SMK Cochrane dan SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur untuk meninjau keadaan hari pertama murid kembali ke sekolah.

“Nampaknya semua warga sekolah bersemanga­t memulakan sesi persekolah­an dan sentiasa beringat dengan peraturan serta kebiasaan baharu.

“Semoga semua urusan hari ini (semalam) dan seterusnya berjalan lancar untuk semua warga sekolah,” katanya.

Sambil mengucapka­n selamat kembali ke sekolah, beliau berkata, meskipun sesi persekolah­an berlangsun­g dalam suasana berbeza, guru dan pelajar dilihat cukup teruja kerana dapat bertemu dan kembali belajar bersama-sama dalam bilik darjah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia