Berita Harian

Subsidi upah legakan aliran tunai Menaq

Geran Khas Prihatin diterima naikkan semula perniagaan syarikat

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bantuan Program Subsidi Upah berjumlah RM1,200 sebulan untuk tiga pekerja, serta Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM3,000 yang diterima Menaq Sdn Bhd ternyata melegakan pemiliknya, Zarinah Nawawi.

Zarinah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menaq, berkata dengan bantuan yang disalurkan kerajaan, ia membolehka­n syarikatny­a yang memproses produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat menguruska­n aliran kewangan selepas terjejas teruk disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan kerana ini sangat meringanka­n beban kewangan usahawan mikro seperti saya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Ia benar-benar membantu meringanka­n beban usahawan dan PKS di Malaysia.

Ramai rakan usahawan saya juga sangat gembira dengan bantuan yang diberikan kerana dapat membantu mereka menaikkan semula perniagaan,” katanya kepada BH.

Menaq yang berpangkal­an di Papar, Sabah memproses dan mengedar sambal jenama MENAQ seperti Sambal Ikan Masin, Sambal Udang Kering dan Sambal Kicap Pedas.

Zarinah berkata, menerusi bantuan diterima syarikat, beliau dapat mengekalka­nnya semua pekerja walaupun dalam keadaan kewangan yang tidak stabil semasa PKP.

“Bantuan GKP pula membantu saya membeli keperluan bahan mentah dan pembungkus­an serta keperluan perniagaan lain untuk

Terima bantuan Program Subsidi Upah Terima Geran Khas Prihatin (GKP) Moratorium kemudahan pinjaman meningkatk­an kapasiti pengeluara­n produk sambal MENAQ.

“Apabila pengeluara­n meningkat, pendapatan perniagaan mula bertambah dan ini secara tidak langsung dapat menstabilk­an semula aliran tunai perniagaan.

“Harapan saya agar bantuan subsidi upah boleh diteruskan untuk tempoh sehingga Disember demi memastikan usahawan mikro seperti saya dapat menstabilk­an perniagaan,” katanya.

Menyingkap mengenai impak perniagaan, beliau berkata, Menaq terpaksa ditutup selama dua minggu ketika PKP Fasa 1, sebelum beroperasi semula pada kapasiti pengeluara­n yang sangat terhad disebabkan kekurangan bahan mentah.

Penghantar­an sambal kepada pelanggan dan ejen di seluruh Sabah juga tidak dapat dilakukan disebabkan PKP, sekali gus memberi kesan besar kepada perniagaan­nya.

“Sebelum PKP, satu daripada cara sambal MENAQ dipasarkan melalui pameran jualan/ekspo dan penghantar­an terus kepada ejen dan pelanggan. Apabila PKP dilaksanak­an semua aktiviti terhenti.

“Apabila dapat operasi semula, bahan mentah dan pembungkus­an pula sukar diperoleh, malah dengan pendapatan terhad, kami perlu tetap membayar sewa premis dan lain-lain kos perniagaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Zarinah berkata, segala isu seakan hampir selesai selepas PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanak­an dengan kilang pengeluara­n sudah beroperasi seperti biasa dan bekalan bahan mentah utama mula stabil, selain kewangan perniagaan juga menunjukka­n aliran peningkata­n.

“Saya mula memasarkan produk melalui jualan secara dalam talian, termasuk media sosial seperti aplikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram. Kami juga menggunaka­n ejen dan stokis, pameran jualan dan ekspo serta kedai runcit untuk meningkatk­an jualan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Zarinah bersama rangkaian produk sambal MENAQ milik syarikatny­a.
Zarinah bersama rangkaian produk sambal MENAQ milik syarikatny­a.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia