Berita Harian

PENJANA bantu kelangsung­an perniagaan

-

Kuala Lumpur: Kedai perabot Empire Furniture Centre dari Kuching, Sarawak dapat mengekalka­n semua 25 pekerjanya selepas menerima bantuan Program Subsidi Upah berjumlah RM1,200 sebulan daripada kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Pengarah Urusannya, Samantha Paulus, berkata tanpa bantuan PENJANA, besar kemungkina­n beliau terpaksa mengurangk­an gaji atau memberhent­ikan pekerja kerana tidak mampu untuk menampung kos operasi yang tinggi.

Katanya, COVID-19 juga adalah cabaran terbesar yang pernah dihadapi syarikat itu sejak mula beroperasi pada 2006.

“Kedai terpaksa ditutup pada 18 Mac lalu berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 11 Mei lalu, menyebabka­n kami mengalami kerugian lebih RM200,000.

“Kini, kami sudah mula beroperasi dan perlahan-lahan mencatatka­n jualan dan kembali stabil seperti sedia-kala,” katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Samantha berkata, secara jujur beliau berasa amat lega dengan bantuan subsidi upah itu kerana ia sangat membantu peniaga seperti dirinya.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu meringanka­n beban PKS seperti kami dan bantuan menerusi PENJANA membolehka­n kami untuk terus berniaga.

“Saya juga berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan untuk melanjutka­n Program Subsidi Upah sehingga akhir tahun kerana amat membantu mengurangk­an belanja bulanan syarikat yang terjejas selepas tidak dapat beroperasi hampir dua bulan,” katanya.

Terima bantuan Program Subsidi Upah Moratorium kemudahan pinjaman

 ??  ?? Samantha (kanan) bersama pekerja ketika membuka semula operasi jualan perabot Empire Furniture Centre.
Samantha (kanan) bersama pekerja ketika membuka semula operasi jualan perabot Empire Furniture Centre.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia