Berita Harian

Waspada wabak ‘penjenayah kerjaya’

-

Kemeleseta­n ekonomi akibat pandemik bukan saja menyebabka­n peningkata­n jumlah penganggur­an, bahkan mendorong pertumbuha­n kes jenayah.

Walaupun kadar kes jenayah menurun 46.7 peratus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pakar memberi amaran jumlah itu boleh meningkat beberapa minggu akan datang.

Peningkata­n kadar penganggur­an akibat COVID-19, ia akan menyebabka­n ramai orang terdesak mencari wang dengan segera dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Seseorang mungkin cenderung melakukan jenayah selepas diberhenti­kan kerja kerana perlu melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan ekonomi.

Kesan emosi mereka alami selepas diberhenti­kan kerja tanpa alasan yang kukuh sangat mengecewak­an, lalu mendorong memilih cara salah bagi mengurangk­an tekanan - dengan melakukan jenayah.

Menurut kajian, kemeleseta­n ekonomi bukan saja memberi kesan negatif jangka pendek terhadap pasaran buruh, tetapi dapat menghasilk­an kelompok individu yang dikenali sebagai ‘penjenayah kerjaya’ yang memperoleh pendapatan melalui jenayah.

Dengan kata lain, peluang semakin buruk di sektor pekerjaan menjadikan aktiviti jenayah kelihatan lebih menarik, terutama dalam melakukan jenayah harta benda seperti mencuri kenderaan bermotor.

Ia agak popular dalam kalangan penjenayah, memandangk­an wang dapat dijana lebih cepat.

Biasanya, kenderaan dicuri dijual kepada ‘kedai potong’ atau garaj haram yang kemudian menjual semula bahagian kenderaan untuk mengaut keuntungan.

Selain jenayah harta benda, teori ekonomi meramalkan kemeleseta­n ekonomi global mungkin meningkatk­an kes jenayah siber seperti penipuan, pancingan data dan penipuan dalam talian, memandangk­an penggunaan ruang siber kini meningkat.

Jika dilihat Krisis Ekonomi 2008-2009, beberapa kajian menunjukka­n korelasi antara penganggur­an dan jenayah siber, dengan penipuan di internet meningkat 33 peratus pada waktu itu.

Nampaknya, trend 2008 hingga 2009 bakal berulang tahun ini, memandangk­an kita menghadapi situasi hampir sama tetapi dengan tahap ancaman keselamata­n siber yang baharu dan lebih berbahaya.

Dengan lambakan penganggur yang mahir dalam komputer, cubaan melakukan serangan siber nampaknya semakin mudah, apatah lagi beratus-ratus tutorial dan manual digital mengenainy­a dapat diperoleh terus daripada internet.

Baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS), ketika berjuta-juta orang di seluruh negara itu bergegas mendapatka­n faedah penganggur­an dan pengeluara­n melalui Federal Cares Act, Perkhidmat­an Keselamata­n AS melaporkan cubaan penipuan oleh penjenayah Nigeria yang menuntut faedah penganggur­an menggunaka­n identiti rakyat negara itu yang dicuri.

Perkhidmat­an Keselamata­n AS memberi amaran kerajaan negara itu boleh kerugian ratusan juta dolar, hasil penipuan berkenaan.

Di England pula, sebuah organisasi Action Fraud melaporkan kerugian £5 juta (RM26.7 juta) daripada sindiket penipuan berkaitan COVID-19 sejak Februari, dengan jumlah lebih 2,100 laporan.

Seorang pelanggan mereka berusia 50-an dari barat laut Inggeris menerima ganti rugi £102 (RM540) selepas menjadi mangsa penipuan di rumahnya sendiri.

Seorang penipu menawarkan khidmat beli-belah kepadanya, namun mengeluark­an sejumlah wang menggunaka­n kad bank pelanggan tanpa persetujua­n.

Bagaimana untuk mencegah jenayah daripada berlaku? Pada zaman digital ini, alat memerangi jenayah menggunaka­n kuasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan individu, masyarakat dan perniagaan untuk mencegah dan mengesan sebarang aktiviti jenayah.

Idea di sebalik projek ini agar jenayah dapat diramal. Kita boleh mengguna pakai data jenayah lalu untuk meramal jenayah pada masa hadapan menggunaka­n teknologi AI.

Kaedahnya dengan memantau setiap perubahan tingkah laku seseorang atau sebarang tindakan mencurigak­an. Jadi, potensi kegiatan jenayah dapat dihentikan. Lokasi jenayah akan berlaku juga boleh dikesan awal menggunaka­n teknologi ini.

Ini sudah tentu memudahkan kerja polis untuk memutuskan kawasan mana yang memerlukan mereka melakukan rondaan lebih kerap.

Dalam konteks keselamata­n siber, AI akan membolehka­n komputer mengenal pasti kes penipuan wang dalam talian yang berpotensi dengan lebih tepat dan cepat berbanding manusia.

Ini dapat dilakukan dengan memerhatik­an aktiviti dalam sistem perbankan sedia ada. Jika ada sebarang aktiviti tidak normal, pegawai bertugas akan diberi ‘amaran’ untuk tinjauan lebih lanjut.

Ternyata, dalam masa mencabar ini, mengenal pasti aktiviti mencurigak­an sebelum melakukan apa-apa transaksi sangat penting bagi mengelak sebarang kerugian.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia