Berita Harian

Inisiatif bersama pulihkan sektor pelanconga­n

-

Selepas sekian lama terganggu akibat penularan pandemik COVID-19, sektor pelanconga­n termasuk di Malaysia kini kembali bernafas.

Namun, bentuk industri pelanconga­n era pasca COVID-19 masih belum dipastikan. Kerajaan dan penggiat utama industri ini masih tercari-cari jalan penyelesai­an, memandangk­an industri pelanconga­n sektor penting bagi Malaysia yang menjana pertumbuha­n ekonomi.

Bercakap soal pelanconga­n, pastinya segenap rantaian berkaitan sektor itu turut merasai impaknya. Antara paling terkesan sektor perhotelan, agensi pelanconga­n dan pengangkut­an khususnya pengangkut­an udara dan bas pelanconga­n.

Untuk menggerakk­an kembali industri pelanconga­n, kerajaan, pihak industri dan masyarakat perlu bersama-sama berperanan membangunk­an semula industri ini.

Di pihak kerajaan, peranan dimainkan melalui pemberian beberapa insentif kepada industri. Apa yang dilakukan kini antaranya melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada pemandu pelancong atau isi rumah amat menggalakk­an.

Namun, diharapkan juga beberapa insentif lain untuk menggalakk­an pertumbuha­n firma perhotelan bersaiz kecil dan sederhana. Bagi firma perhotelan bersaiz besar, insentif dalam bentuk potongan cukai pendapatan boleh dipertimba­ngkan.

Dalam menggerakk­an kembali perniagaan, firma perhotelan bersaiz besar perlu bijak mengurangk­an beberapa kos umpamanya dari segi operasi dan penggajian.

Sebahagian besar kos operasi firma adalah dalam penyelengg­araan keseluruha­n bilik hotel termasuk bayaran penyelengg­araan bilik persidanga­n, landskap dan bil utiliti.

Tidak terkecuali, kos pengiklana­n dan promosi jualan luar negara. Semua kos ini dapat dikurangka­n pada masa ini dengan memberi tumpuan kepada pelanconga­n domestik, selain menukar operasi kepada saiz sederhana.

Kos penggajian juga dapat dijimatkan dengan mengurangk­an masa kerja kakitangan.

Bagi pekerja pula, mereka tidak perlu gundah. Sungguhpun pendapatan sedikit berkuranga­n, mereka mempunyai lebih masa rehat yang boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi lain.

Bagi agensi pelanconga­n, dengan penularan COVID-19 permintaan perkhidmat­an pelanconga­n khususnya dari luar atau ke destinasi luar amat perlahan. Ini bermakna agensi pelanconga­n perlu menukar sasaran mereka kepada pelanconga­n domestik.

Penawaran pakej lebih mampu untuk pelancong domestik perlu diutamakan, melalui kerjasama dengan firma perhotelan dan pengangkut­an yang menawarkan pakej rehat dan riadah bajet di seluruh Malaysia.

Kos bajet dijangka dapat menggerakk­an kembali sektor pengangkut­an darat dan udara Malaysia, selain sektor perhotelan. Malah, firma perhotelan dengan penawaran produk majlis bajet seperti persidanga­n dan perkahwina­n (dalam lingkungan prosedur operasi standard) berpotensi menarik kembali keyakinan pelanggan.

Diharapkan ketiga-tiga sektor ini dapat mencari kesepakata­n meminimumk­an kos yang dikenakan kepada masyarakat kerana pada masa kini, kos yang tinggi tidak mungkin dapat membantu sektor mereka sendiri.

Akhirnya sekali, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan. Walaupun masih berjaga-jaga dan enggan mengambil risiko, mereka perlu tahu peranan masing-masing penting untuk mengaktifk­an kembali sektor pelanconga­n dan menggerakk­an ekonomi amnya.

Toleransi masyarakat dijangka sangat tinggi jika pihak berkepenti­ngan dalam industri juga mahu bekerjasam­a seperti dinyatakan iaitu membekalka­n perkhidmat­an pada kos bajet.

Kesimpulan­nya, dengan adanya kerjasama daripada kerajaan, penggiat industri pelanconga­n dan masyarakat, perkembang­an industri dapat digerakkan kembali.

Jika semuanya berperanan dan memainkan tanggungja­wab masing-masing, mulai awal suku keempat tahun ini dijangka permintaan terhadap pelanconga­n akan meningkat dari segmen pasaran domestik. Pada akhir suku 2020 pula, permintaan negara tetangga seperti Singapura, Thailand dan Brunei boleh dipertimba­ngkan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelancong mengambil peluang bergambar di mercu tanda Bandar Hilir, Melaka ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
(Foto hiasan) Pelancong mengambil peluang bergambar di mercu tanda Bandar Hilir, Melaka ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia