Berita Harian

Pastikan makanan selamat, cukup hadapi krisis

-

Setiap tahun berjuta orang di seluruh dunia menderita penyakit bawaan makanan yang serius. Tahun ini antara paling teruk apabila separuh pertama 2020 dibelenggu penyakit berjangkit COVID-19.

Penting menekankan insiden jangkitan meluas berpunca daripada bahaya mikrobiolo­gi, kimia atau makanan lain, terus menjadi masalah serius bagi sistem makanan.

Dalam perkembang­an terbaru, virus itu ditemui pada papan pemotong yang digunakan untuk memotong salmon import di pasar Xinfadi, Beijing. Ia menimbulka­n kerisauan gelombang kedua wabak di China.

Walaupun tidak ada buktinya makanan atau pembungkus­an dikaitkan dengan penyebaran COVID-19 di Malaysia, ia tidak bermakna negara bebas daripada risiko itu.

Keadaan keselamata­n dan kebersihan sumber makanan berasaskan haiwan ketika proses peruncitan dan memasak, masih perlu dipantau pihak berkuasa.

Apa dapat dipelajari adalah makanan tidak selamat bukan hanya mengundang masalah kesihatan masyarakat yang serius, tetapi juga memberi impak negatif terhadap pendapatan petani, mata pencarian penjual makanan dan kelangsung­an perniagaan dan perdaganga­n.

Sayangnya kemungkina­n besar masih wujud ruang untuk virus baharu daripada haiwan atau makmal muncul kembali. Kelawar contohnya adalah hos penyimpan untuk virus seperti SARS-COV.

Daripada perspektif lebih besar, bermula aspek biodiversi­ti, selama manusia terus mengubah kegunaan tanah untuk penempatan, pertanian, pembalakan dan pengekstra­kan, ini secara tidak langsung akan memusnahka­n zon penyangga semula jadi yang biasanya memisahkan manusia dan haiwan.

Ini memungkink­an percambaha­n spesies yang boleh beradaptas­i lebih baik di persekitar­an diubah suai manusia (seperti kelawar dan tikus), lantas mewujudkan peluang patogen berpindah daripada haiwan kepada manusia dan menyebabka­n penyakit bawaan makanan.

Apabila populasi global meningkat dan proses pembandara­n secara besar-besaran berterusan dalam dekad akan datang, trend ini dijangka meningkat berganda.

Isu tidak kurang penting juga berkaitan jaminan dan ketersedia­an makanan. Ketidakjam­inan makanan wujud apabila manusia kehilangan akses kepada makanan selamat dan berkhasiat serta tidak memiliki gaya hidup aktif dan sihat bagi pertumbuha­n dan perkembang­an normal.

Akses kepada makanan bergantung tahap kemiskinan, kuasa membeli isi rumah, biaya makanan asas dan adanya infrastruk­tur pengangkut­an dan pasar serta sistem pengedaran makanan.

Bagi isi rumah termiskin, makanan menyumbang sebahagian besar perbelanja­an mereka dan harga makanan secara langsung mempengaru­hi jaminan makanan mereka.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan seiring berlalunya masa, lebih 820 juta orang akan kekurangan gizi, menyukarka­n lagi cabaran mencapai sasaran kelaparan sifat pada 2030.

Lebih membimbang­kan, disebabkan wabak ini dunia akan mengalami ketidakjam­inan makanan lebih teruk.

UNICEF menjelaska­n pada 2019, 20.7 peratus kanak-kanak bawah usia lima tahun di Malaysia menderita pertumbuha­n terbantut, 11.5 peratus susut berat badan dan 12.7 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 19 tahun mengalami kegemukan.

Seperti kebanyakan negara, kemiskinan turut memberi kesan buruk kepada pemilihan makanan. Peratusan kanak-kanak kekurangan zat makanan di kawasan bandar miskin di Malaysia mencatatka­n peratusan lebih tinggi daripada petunjuk purata nasional.

Data ini menandakan kesan negatif jaminan makanan terhadap rakyat miskin mungkin meningkat berkali ganda pada waktu tidak terjangka ini.

Statistik menunjukka­n di Malaysia, 19 peratus kanak-kanak (atau 1.77 juta orang) hidup dalam relatif kemiskinan, diikuti sejumlah besar lagi berisiko jatuh ke dalam jurang kemiskinan jika keluarga mereka mengalami kejutan sosioekono­mi.

Anak ini bukan sahaja hidup dalam kekurangan atau berisiko mengalami kehilangan, tetapi juga mempunyai tahap kesihatan kurang baik, pemakanan dan pendidikan jauh lebih rendah daripada kanak-kanak sebaya yang lebih bernasib baik.

Menurut Bank Dunia, kanak-kanak diberi makan dengan sihat selama 1,000 hari pertama dalam hidup mereka adalah 33 peratus lebih cenderung melepaskan diri daripada kemiskinan apabila dewasa.

Namun, 151 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun kini mengalami kekurangan zat makanan kronik di seluruh dunia. Ini membawa kepada kehilangan modal insan dan potensi ekonomi besar.

Ia cabaran besar di mana permintaan untuk makanan selamat semakin meningkat, pada masa sama perlu mengekalka­n jaminan makanan pada saat krisis demi kesinambun­gan prospek generasi akan datang.

Persoalann­ya, bagaimana menjadikan sistem makanan lebih lestari, dari segi keselamata­n dan jaminannya di tengah wabak COVID-19?

Pertama, kita perlu melihat punca masalah ini. Sama ada sebelum atau ketika wabak, masalah di Malaysia bukan kekurangan makanan, melainkan kemiskinan tidak berkesudah­an.

Oleh itu, penting mengambil kira peranan pertumbuha­n ekonomi, ketidaksam­aan dan peminggira­n dalam membentuk kesan jaminan makanan serta pemakanan.

Laporan terbaru Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bertajuk The State of Food Security and Nutrition in The World (2019) menunjukka­n perkembang­an ekonomi pada dasarnya mempengaru­hi jaminan makanan dan pemakanan, bergantung tahap kemiskinan melampau dan sejauh mana rakyat miskin akan tersisih kerana tahap ketidaksam­aan berbeza.

Ketidaksam­aan, bukan sahaja dalam bentuk pengagihan pendapatan, tetapi juga akses kepada perkhidmat­an berkaitan pemakanan dan infrastruk­tur sosial dan kesihatan.

Sebagai contoh, ketika wabak baharu ini, isi rumah miskin tegar sukar meneruskan kelangsung­an hidup kerana tidak memiliki aset untuk ditukarkan kepada wang dan sering mempunyai rangkaian sosial lemah sebagai sokongan.

Untuk mengatasin­ya, mereka terpaksa menggunaka­n solusi jangka pendek dan memperjudi­kan potensi menjana pendapatan lebih baik pada masa depan, apabila gagal menghantar anak ke sekolah.

Ini mendorong mereka jatuh kepada perangkap kemiskinan yang akan diwarisi turun-temurun.

Keperluan mengubah corak konsumsi menyebabka­n penguranga­n perbelanja­an diperuntuk­kan untuk pendidikan dan kesihatan, atau peralihan makanan daripada yang kaya nutrien seperti sayur-sayuran atau daging, kepada makanan lebih berkanji.

Walaupun ini membantu memberi tenaga mencukupi dalam jangka pendek, tingkah laku ini memberi kesan jangka panjang negatif terhadap kesihatan, kesejahter­aan dan produktivi­ti generasi akan datang dan masyarakat secara keseluruha­n.

Laporan ini menuntut tindakan dua bahagian. Pertama, melindungi jaminan makanan dan pemakanan melalui dasar ekonomi dan sosial yang membantu mengatasi kesan kelembapan atau kemerosota­n ekonomi.

Kedua, menangani ketidaksam­aan di semua peringkat melalui dasar sektor berkaitan yang memungkink­an terlepas daripada ketidakjam­inan makanan dan kekurangan zat makanan secara lebih lestari.

Sektor swasta, kerajaan, saintis dan lain-lain perlu bekerjasam­a mengkaji sumber makanan lebih lestari dan lebih selamat untuk memenuhi keperluan pasaran. Program seperti khidmat nutrisi dan kesihatan komuniti perlu diperluas.

Pembiayaan pelaburan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n yang memungkink­an peningkata­n kandungan mikronutri­en dalam makanan dan sumber bahan mentah, serta pengubahsu­aian sisa makanan dan biomas kepada komoditi bernilai tambah amatlah dihargai.

Selain itu, reformasi dasar dan undang-undang berkaitan untuk meningkatk­an kecekapan dan integrasi pasar domestik dan mengurangk­an sekatan perdaganga­n makanan juga harus disokong.

Namun, ini semua bergantung kemampuan institusi dan kesiapsiag­aan mekanisme luar jangka dan dana menyokongn­ya.

Bagaimanap­un, pelaburan dan sumber bantuan tepat, selain sistem pertanian dan makanan dinamik dapat menyediaka­n makanan mencukupi, berpatutan, selamat dan berkhasiat kepada semua orang di mana-mana sahaja, setiap hari walaupun pada masa krisis.

 ?? (Foto hiasan) ?? Bantuan makanan meringanka­n beban rakyat miskin ketika negara dilanda penularan wabak COVID-19.
(Foto hiasan) Bantuan makanan meringanka­n beban rakyat miskin ketika negara dilanda penularan wabak COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia