Berita Harian

Pilih peserta berkualiti jayakan pertanian bandar

- Zulkifli, Taiping

Seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin peruntukan RM10 juta bakal disalurkan melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan bagi melaksanak­an projek pertanian bandar. Ia sebahagian daripada program Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Baru-baru ini menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyatakan sasaran 12,000 peserta terbabit dalam program ini.

Berdasarka­n jumlah peruntukan disediakan berbanding bakal peserta, sudah pasti pulangan daripada aktiviti ini tidak dapat membantu secara berkesan dari sudut kewangan mereka.

Jika dikaji, berapa sangat hasil pertanian diperoleh daripada pelaburan yang bakal diperuntuk­kan, iaitu RM500 (maksimum) bagi peserta individu dan RM50,000 (maksimum) bagi komuniti.

Jumlah dana disediakan merangkumi kos benih, baja, peralatan dan infrastruk­tur.

Jika matlamat kerajaan melaksanak­an aktiviti ini sekadar untuk mengeluark­an hasil bagi kegunaan peserta dan sedikit untuk jualan, kejayaan pelaksanaa­nnya tetap perlu diberi perhatian.

Jangan menjadikan usaha ini sekadar melepaskan batok di tangga. Sekecil mana sekalipun usaha pertanian, ia tetap memerlukan rutin penjagaan teliti bagi menjamin hasil memuaskan.

Penjagaan rapi tanaman memerlukan komitmen peserta dan pegawai pembimbing daripada jabatan pertanian.

Kemungkina­n untuk projek ini gagal adalah tinggi jika tiada kerjasama kedua-dua pihak.

Oleh itu, sebelum peruntukan diluluskan kepada peserta berkelompo­k atau individu, kajian dari sudut minat, kesungguha­n dan komitmen perlu dibuat dengan teliti. Jangan ‘tangkap muat’ sahaja.

Memang menjadi resam manusia tidak menghargai pemberian percuma berbanding hasil diperoleh daripada usaha sendiri.

Dikhuatiri projek ini akan gagal mencapai matlamatny­a jika tersilap pilih peserta, terutama yang membabitka­n diri sekadar suka-suka atau ikutan, apatah lagi segalanya dapat secara percuma.

Kepada pihak bertanggun­gjawab, galas tugas ini sebaik mungkin supaya dana RM10 juta tidak membazir dan sia-sia.

Semua ini duit negara dan juga duit rakyat pada dasarnya.

Diharap projek ini tidak menjadi program subsidi mesin perah air tebu dan penjualan hasil tenusu melalui gerai ‘replika botol susu’ yang pernah dilaksanak­an di negara ini suatu ketika dahulu.

Semuanya lenyap begitu sahaja dan terbukti satu pembaziran.

 ?? (Foto hiasan) ?? Projek pertanian bandar perlu mendapat komitmen tinggi daripada peserta dan pegawai pembimbing agar usaha kerajaan membantu golongan sasaran tidak sia-sia.
(Foto hiasan) Projek pertanian bandar perlu mendapat komitmen tinggi daripada peserta dan pegawai pembimbing agar usaha kerajaan membantu golongan sasaran tidak sia-sia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia