Berita Harian

Tiga kluster baharu dikenal pasti

Malaysia dijangka catat sifar kes harian pertengaha­n Julai

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengesahka­n terdapat tiga kluster baharu yang dikenal pasti pihaknya, iaitu Kluster Bukit Bintang, Kluster Tapak Pembinaan Kuching dan Kluster Kondominiu­m Hulu Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi Kluster Bukit Bintang ia sudah menjangkit­i 10 individu yang membabitka­n warga asing dan tempatan.

Katanya, daripada jumlah itu, sembilan kes membabitka­n warga Bangladesh dan seorang rakyat Malaysia.

“Kes indeks bagi kluster ini, iaitu kes ke 8,498 dikesan positif COVID-19 ketika menjalani saringan COVID-19 untuk masuk kerja dan didapati positif pada 15 Jun lalu.

“Saringan kesihatan dijalankan ke atas 274 kontak rapat, iaitu 203 adalah bukan warganegar­a dan 71 individu adalah warganegar­a Malaysia. Hasil siasatan mendapati sembilan individu dikesan positif COVID-19, manakala 265 individu lagi negatif COVID-19,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Bagi Kluster Tapak Pembinaan Kuching pula, Dr Noor Hisham berkata, ia mula dikesan apabila individu ketiga yang dijangkiti virus berkenaan membuat saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta dan disahkan positif pada 16 Jun lalu.

“Beliau ialah ketua penyelia kepada dua orang pekerja warga

Indonesia yang dikesan positif COVID-19 pada 16 Jun lalu hasil daripada saringan yang dilakukan di tempat kerja.

“Sehingga kini 426 kontak sudah dikenal pasti dengan 62 individu didapati negatif COVID-19 dan selebihnya iaitu 364 individu masih menunggu keputusan, punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Bagi kluster ketiga yang dikesan, iaitu Kluster Kondominiu­m di Hulu Langat pula, indeks kes bagi kluster ini adalah seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif ketika saringan COVID-19 pada 8 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan dalam kluster ini. Kes pertama, iaitu kes ke-5,818 ialah bukan warganegar­a dan beliau bapa saudara angkat kepada kes indeks.

“Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung-mengunjung di antara mereka.

“Sehingga 24 Jun, seramai 40 kontak rapat dikenal pasti dan disaring. Daripada jumlah itu, 26 bukan warganegar­a dan 14 warganegar­a Malaysia dengan tiga kes dikesan positif, 30 kes negatif dan tujuh masih menunggu keputusan,” katanya.

KKM turut memaklumka­n enam kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,596 kes.

Dr Noor Hisham berkata, angka itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan di negara ini sebanyak 244 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu dua adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan membabitka­n seorang warganegar­a Malaysia dan seorang pemastauti­n tetap. Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 45 kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Jumlah kumulatif kes yang pulih di negara ini sebanyak 8,231 kes atau 95.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut memaklumka­n, tiada pertambaha­n kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Semalam, Dr Noor Hisham juga menjangkak­an Malaysia mampu mencatatka­n sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengaha­n bulan depan.

Beliau yakin unjuran itu mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia

kekal patuh semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat KKM, khususnya menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka.

“Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatka­n peningkata­n kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi.

“Jumlah kes baharu juga semakin berkuranga­n dengan beberapa kali mencatatka­n satu angka dalam sehari dan mungkin dalam sebulan lagi, jika rakyat terus patuh SOP dan nasihat KKM, kita akan berjaya capai sifar kes baharu.

“Tindakan untuk kita berjaya capai sifar kes COVID-19 ketika ini bukan pada KKM, sebaliknya bergantung sama ada rakyat patuh SOP atau tidak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia