Berita Harian

Anak Mat Sabu dipenjara 8 bulan

Didapati bersalah pertuduhan salah guna dadah tahun lalu

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap anak Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgu­naan dadah di sebuah hotel terkemuka, tahun lalu.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Bagaimanap­un, mahkamah kemudian membenarka­n pelaksanaa­n hukuman penjara ditangguhk­an sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin RM9,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah turut memerintah­kan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n pada setiap bulan.

Terdahulu, Mohamad Aizat dalam penghakima­nnya, berkata sepanjang masa material, mahkamah berpuas hati keterangan tertuduh tidak disokong oleh bukti lain dan menjadikan versi pembelaan tidak kredibel serta tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunaka­n dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraa­n yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil enam saksi bagi memberi keterangan.

Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ahmad Saiful dalam rayuannya menerusi peguam Datuk Nicholas Kow memohon dikenakan bon kelakukan baik mengikut Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah.

“Tertuduh mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan isteri tidak bekerja dan penanggung tunggal keluarga. Tertuduh sudah memberikan kerjasama penuh dan patuh dengan semua arahan mahkamah,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid, membantah rayuan itu dengan mengambil kira faktor kekerapan pengambila­n dadah dalam kalangan masyarakat.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat,” katanya.

Sepanjang prosiding perbicaraa­n bermula 15 Oktober 2019, pendakwaan memanggil enam saksi bagi memberi keterangan, manakala pembelaan mengemukak­an dua saksi termasuk tertuduh.

Ahmad Saiful Islam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia