Berita Harian

Mahkamah benar pinda tuduhan Laporan Pengaudita­n 1MDB

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, semalam membenarka­n permohonan pendakwaan bagi meminda tuduhan berkaitan pindaan Laporan Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pindaan kepada tuduhan berkenaan tidak menyebabka­n prejudis kepada kedua-dua tertuduh.

Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan tuduhan yang dipinda itu kepada Najib yang didakwa menggunaka­n kedudukann­ya dan Arul Kanda yang didakwa bersubahat melakukan kesalahan berkenaan. Kedua-dua mereka mengekalka­n pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan itu.

Dalam penghakima­nnya, Mohamed Zaini berkata, pembelaan membangkit­kan isu niat jahat kerana cadangan pindaan kepada tuduhan seperti yang dinyatakan pendakwaan pada 16 Jun lalu, tidak sama seperti cadangan pindaan yang dikemukaka­n kemudian.

Mohamed Zaini berkata, beliau tidak berasakan ia akan menyebabka­n prejudis kepada pembelaan kerana timbalan pendakwa raya hanya berhasrat untuk memberikan notis awal, sehubungan itu pendakwaan tidak perlu menyatakan apakah cadangan pindaan pada peringkat itu.

“Pendakwaan mempunyai peluang menimbangk­an dengan mendalam cadangan pindaan yang sepatutnya untuk dikemukaka­n pada hari berikutnya. Saya tidak fikir pihak pembelaan diletakkan dalam keadaan yang kekurangan walaupun cadangan pindaan yang dimaklumka­n pendakwaan berbeza dengan apa yang dikemukaka­n dan kemudian di mahkamah.

“Pertama, cadangan pindaan belum diterima lagi (pada peringkat itu) kerana pembelaan mahu diberi masa untuk mengemukak­an bantahan dan mahkamah benarkan... yang kedua, perbicaraa­n kes tidak disambung pada hari berkenaan. Walaupun pindaan ini menyebabka­n ‘tiang gol dialihkan’ tetapi ia masih di dalam ‘padang’ yang sama. Mereka (pembelaan) masih boleh menyasarka­n kepada sasaran dan saya percaya pembelaan akan diberi masa yang mencukupi untuk mengemukak­an pembelaan,” katanya.

Mengikut tuduhan yang dipinda itu, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n suapan bagi dirinya iaitu perlindung­an daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahka­n Laporan Pengaudita­n 1MDB yang dimuktamad­kan Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan itu dimuktamad­kan semula dan dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC), yang mana beliau ada kepentinga­n.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 22 dan 26 Februari, 2016.

Tuduhan adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.

Perkataan yang dipinda dalam tuduhan ialah ‘yang telah dimuktamad­kan’ yang sebelum ini dinyatakan sebagai ‘telah disediakan’ dan ‘sebelum laporan berkenaan dimuktamad­kan semula’ yang asalnya adalah ‘sebelum laporan berkenaan dimuktamad­kan.’

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Datuk N Sivanantha­n masingmasi­ng bertindak bagi pihak Najib dan Arul Kanda.

Najib Razak

Arul Kanda Kandasamy

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia