Berita Harian

Agih subsidi padi ikut hasil sawah

Program RDE berimpak tinggi mampu tingkat keluaran, kurangkan kos

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengagihan subsidi padi berasaskan input membabitka­n bayaran pindahan tunai, baja dan benih ketika ini, wajar ditukar kepada pemberian output dalam bentuk ganjaran mengikut prestasi sawah.

Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) dalam laporan kajiannya bertajuk ‘Implikasi Peralihan Besar kepada Tanaman Industri dalam Sektor Pertanian Malaysia: Fasa I: Model Sistem Dinamik Sektor Padi dan Beras’, secara dasarnya bagaimanap­un berkata, masa depan industri padi tidak terletak kepada subsidi, tetapi program penyelidik­an, pembanguna­n dan pengembang­an (RDE) berimpak tinggi.

Ia berkata, pelaksanaa­n RDE yang lebih berkesan dan pengeluara­n input tempatan dapat meningkatk­an hasil padi di samping mengurangk­an kos pengeluara­n serta tambah pendapatan petani.

Bagaimanap­un, KRI mendapati, penarikan mendadak subsidi dan insentif akan menjejaska­n hasil padi negara serta keuntungan bersih pesawah, terutama dalam jangka masa pendek.

“Dicadangka­n subsidi input dialihkan kepada berasaskan output iaitu ganjaran mengikut prestasi sawah, justeru pelaksanaa­n RDE lebih berkesan serta pengeluara­n input tempatan adalah untuk meningkatk­an hasil padi di samping mengurangk­an kos pengeluara­n, lantas meningkatk­an pendapatan petani,” katanya.

Kajian mendapati, RDE yang berfungsi sepenuhnya mencukupi untuk menggemble­ng keseluruha­n sistem ke arah hasil padi, tahap sara diri (SSL) dan pendapatan petani yang tinggi.

“Jika ditarik balik berperingk­at, subsidi input yang berusia 40 tahun ini bukan lagi suatu kemestian yang tidak boleh dihindari,” katanya.

Kajian KRI mendapati, peningkata­n subsidi dan harga minimum terjamin padi sejak 2005 tidak semestinya meningkatk­an pendapatan petani dengan tinggi.

Mengikut kajian, walaupun pesawah memberi respon kepada subsidi output dan input, ia masih tidak mencukupi untuk meningkatk­an hasil dan pendapatan petani kerana dibatasi sokongan institusi yang lemah terutama RDE dan input tempatan yang terbatas.

“Dalam beberapa tahun lalu, perbelanja­an subsidi dan insentif padi menunjukka­n trend peningkata­n, tetapi dalam kadar pertumbuha­n yang berkuranga­n sejak kebelakang­an ini.

“Antara 2011 hingga 2015, lebih RM2 bilion setahun sudah dibelanjak­an ke atas subsidi dan insentif padi yang mengambil 40 hingga 50 peratus perbelanja­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

“Walaupun kini perbelanja­an menurun di bawah RM2 bilion, industri padi dan beras menerima bantuan belanjawan tinggi berbanding tanaman lain,” katanya.

Kajian KRI itu diketuai Felo Pelawat Senior, Prof Datin Paduka

Fatimah Mohamed Arshad bersama Kusairi Mohd Noh, Nguyen Luong Bach, Illisriyan­i Ismail, Abdullah Ibragimov, Gregory Ho Wai Son, Siti Aiysyah Tumin dan Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin.

 ?? (Foto hiasan) ?? Institut Penyelidik­an Khazanah syor subsidi input diganti ganjaran mengikut prestasi sawah pastikan petani jana pendapatan lebih tinggi.
(Foto hiasan) Institut Penyelidik­an Khazanah syor subsidi input diganti ganjaran mengikut prestasi sawah pastikan petani jana pendapatan lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia