Berita Harian

‘UMNO, BN tak pernah rancang guling PH’

Kerajaan PN ditubuh selepas wujud krisis dalaman Pakatan Harapan

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Peluang muncul sendiri selepas PH ‘membunuh diri’ dan ketika itu, negara memerlukan sebuah kerajaan tertubuh.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Khairy ketika temu bual

Putrajaya: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengadakan perancanga­n untuk mengguling­kan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanap­un, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya tertubuh selepas PH ‘membunuh diri’, susulan pergelutan dalaman antara parti dalam gabungan itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, apabila kerajaan PH terbubar dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan beberapa pemimpin PH keluar daripada gabungan itu, pilihan yang ada hanyalah mengadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan.

“Kami tak gulingkan sesiapa, sebaliknya fokus menjadi pembangkan­g. Namun, peluang muncul sendiri selepas PH ‘membunuh diri’ dan ketika itu, negara memerlukan sebuah kerajaan tertubuh, selaras Perlembaga­an Persekutua­n.

“Pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tawarkan kepada UMNO dan BN untuk tubuhkan kerajaan dan kita tiada masalah dengan beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO.

“Beliau (Muhyiddin) berjaya dapatkan majoriti dan buktikanny­a pada Yang di-pertuan Agong yang kemudian berkenan supaya (PN) menubuhkan kerajaan.

“Memang berdasarka­n PRU14,

mandat rakyat pada PH, tetapi kerajaan itu sudah tiada. Apabila sudah tiada, pilihannya sama ada diadakan PRU atau pihak yang ada majoriti menubuhkan kerajaan,” katanya pada temu bual bersama BH dan NST, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ‘Langkah Sheraton’ pada hujung Februari lalu serta sama ada beliau bersetuju dengan usaha PN merampas kuasa daripada PH untuk menubuhkan kerajaan.

Khairy mengakui ada pertemuan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti lain sebelum itu, namun ia bukan bagi merancang rampasan kuasa, sebaliknya berbincang mengenai kebimbanga­n masyarakat yang wujud ketika PH memerintah.

“Perbincang­an itu biasa dalam politik. Bila orang nak jumpa bincang kebimbanga­n masyarakat Bumiputera dan Melayu pada zaman pemerintah­an PH, sebab itu wujud Muafakat Nasional (MN).

“Kita juga bincang soal keresahan dalam isu seperti Konvensyen Antarabang­sa Mengenai

Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), soal pemotongan bantuan terhadap rakyat di bawah Lim Guan Eng dan sebagainya,” katanya.

Ditanya sama ada tidak timbul kekhuatira­n dalam kalangan ahli UMNO untuk bekerjasam­a dengan pemimpin yang dilabel ‘pengkhiana­t’, Khairy menegaskan semua parti dalam PN perlu bersangka baik sesama mereka dalam keadaan sekarang.

“UMNO cukup disiplin dan matang untuk tidak bergaduh di khalayak umum. Kerjasama dengan rakan dalam PN ini kita ambil selangkah demi selangkah,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? bersama BH dan NST, baru-baru ini.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) bersama BH dan NST, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia